Ikuti Kami:

Drama Misteri Mengenai Keluarga Kaya, Lee Boyoung & Go Soyoung Ditawar Berlakon ‘MINE’

Drama Misteri Mengenai Keluarga Kaya, Lee Boyoung & Go Soyoung Ditawar Berlakon ‘MINE’

Khabar angin bertiup mengatakan bahawa Lee Bo-young mungkin akan bergandingan dengan Go So-young dalam sebuah drama tvN baru tak lama nanti. Serius lah?

Pada 16 Oktober, laporan media melaporkan bahawa Lee Bo-young telah menerima skrip untuk drama “Blue Diamond” (tajuk sementara) yang sedang dalam perbincangan untuk ditayangkan di tvN dan Go So-young juga difahamkan turut menerima tawaran oleh drama yang sama.

Drama ini digambarkan sebagai kisah misteri dan keghairahan mengenai identiti sebenar dan cinta yang menyakitkan bagi sekumpulan individu dalam kelas tinggi yang bercita-cita besar. Meskipun kelihatan seperti memiliki segalanya dan hidup glamor, drama ini menekankan rasa tidak bahagia yang bersarang dalam hati mereka.

Antara watak yang bakal menghiasi naskhah ini ialah Seo Hee-soo, menantu kedua bagi sebuah keluarga kaya dan seorang bekas pelakon hebat yang popular sejak daripada kecil lagi. Apabila melalui kehidupan yang sengsara, wanita itu akan menonjolkan dirinya yang sebenar.

gandingan lee boyoung dan go soyoung

Dari kiri: Go So-young, Lee Bo-young

Watak lain ialah Kang Ja-kyung yang diselubungi dengan rahsia dan merupakan cinta pertama Han Ji-yong, anak kedua keluarga kaya tersebut dan juga tutor kepada anak lelaki itu iaitu Ha Joon. Jung Seo-hyun pula ialah watak yang comel dan elegan dan menjadi menantu pertama keluarga kaya tersebut menerusi perjanjian perkahwinan untuk kesenangan kedua belah pihak.

Agensi naungan Lee Bo-young iaitu J-WIDE COMPANY mengeluarkan kenyataan mengenai khabar angin ini,

Dia sedang menimbang tawaran tersebut kerana ia adalah antara tawaran yang diterimanya setakat ini.

Meskipun pada awalnya drama ini dilaporkan bertajuk “Blue Diamond” tetapi ia dikhabarkan telah ditukar kepada “MINE”.

Skrip drama ini ditulis oleh Baek Mi-kyung yang popular kerana menggarap drama hebat seperti “Strong Woman Do Bong Soon”, “The Lady In Dignity”, “Miracle That We Met” dan “Melting Me Softly”. Manakala ia akan diarahkan oleh Lee Na-jung yang pernah mengarahkan drama seperti “Fight For My Way” dan “Love Alarm”.

Bukan biasa-biasa individu yang bakal ‘menghidupkan’ drama ini. Harapnya Lee Bo-young dan Go So-young akan menerima tawaran tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...