Ikuti Kami:

Drama Misteri-Komedi ‘Catch The Ghost’ Tamat, Dapat Reaksi Bercampur Daripada Penonton

Drama Misteri-Komedi ‘Catch The Ghost’ Tamat, Dapat Reaksi Bercampur Daripada Penonton

Seperti biasa, walaupun kita sedang seronok menonton sesuatu drama itu, sudah pasti ia akan tamat juga suatu hari nanti. Nak tak nak, kita terpaksa lepaskan juga. Sedih! Sama juga dengan drama misteri tetapi kelakar iaitu “Catch The Ghost” yang ditayangkan menerusi saluran tvN. Baru sahaja menghabiskan tayangan Selasa lepas, sudah ramai yang tak kebah lagi dengan ‘demam’ drama ini.

Sinopsis

Bagi yang tidak tahu, drama ini mengisahkan tentang Yooryung (Moon Geunyoung), seorang detektif amatur yang bercita-cita tinggi. Dia berusaha keras bagi mencari adik kembarnya iaitu seorang pesakit autisme yang telah lama hilang. Sehinggakan dia sanggup menukar portfolio kerja sebagai pegawai polis untuk kereta api bawah tanah bagi mencari adiknya yang dikatakan mungkin telah menjadi mangsa ‘Subway Ghost’. Go Jiseok pula merupakan seorang pegawai polis berkaliber tetapi memilih untuk bekerja sebagai pegawai biasa yang bertugas di kereta api bawah tanah bagi memudahkannya menjenguk ibunya yang mempunyai masalah nyanyuk.

catch the ghost episod akhir

Yooryung mempunyai fikiran dan pandangan yang sangat tajam dan dia menggunakan kelebihannya itu untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah. Dengan bantuan Jiseok yang merupakan senior kepadanya, mereka bersama-sama menyelesaikan kes jenayah. Namun kebanyakan masanya lelaki itu terpaksa ‘membersihkan’ segala kekalutan yang disebabkan oleh Yooryung.

[Amaran SPOILER]

Setelah sekian lama Yooryung mencari adiknya, dia akhirnya berjaya menjumpainya Yoojin selepas menumpaskan pembunuh bersiri ‘Subway Ghost’. Walaupun adiknya seperti menolak kedatangan kakaknya tetapi Jiseok telah memujuknya kembali ke rumah semula.

episod akhir catch the ghost

Siapa sangka pencopet iaitu Kim Yijun sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan ngeri itu. Tindakan gilanya itu adalah sebab tidak berpuas hati kerana semasa anak perempuannya telah tertolak ke landasan kereta api oleh seorang gelandangan yang mempunyai masalah jiwa, tiada siapa pun yang membantu anaknya itu. Tidak mendapat hukuman secara undang-undang, Yijun bertindak menghukum mereka sendiri menggunakan caranya.

catch the ghost episod akhir

Walaupun bermula dengan rating yang tinggi tetapi drama “Catch The Ghost” telah dikalahkan oleh penangan drama “VIP” yang ditayangkan pada slot yang sama. Pun begitu, kesemua penonton memuji lakonan yang ditonjolkan oleh teraju utama iaitu Kim Seonho, Moon Geunyoung, Jung Eugene, Ki Dohun dan ramai lagi.

episod akhir catch the ghost

Penonton tak puas hati

Pun begitu, ada juga yang tidak berpuas hati dengan beberapa plot dalam drama ini. Bagi mereka, masih ada kisah yang tidak diceritakan dengan habis. Macam tak masuk akal pun ada! Salah satu babak yang menjadi persoalan penonton ialah bagaimana ibu Jiseok yang kononnya amnesia tetapi boleh mengingati anaknya itu selepas cedera kerana terhantuk di troli penolak. Namun, wanita tua itu kembali hilang ingatan selepas insiden tersebut.  Selain itu, ramai juga yang ingin tahu kisah lanjut yang dilalui oleh Kim Yijun selepas diberkas oleh pihak polis.

episod akhir catch the ghost

Sejujurnya admin berpuas hati dengan gandingan Kim Seonho dan Moon Geunyoung walaupun ada sedikit kepincangan dalam plot ceritanya itu. Mungkin mereka boleh bergandingan lagi dalam projek lain?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...