Ikuti Kami:

Drama Misteri Dalam Dunia Selari ‘Train’ Bawa Kisah Pembunuhan Bersiri, Lakonan Yoon Siyoon Dipuji

Drama Misteri Dalam Dunia Selari ‘Train’ Bawa Kisah Pembunuhan Bersiri, Lakonan Yoon Siyoon Dipuji

Selepas dunia selari dalam “The King: Eternal Monarch”, kini OCN pula bawa tema yang sama dengan elemen fantasi dan misteri menerusi drama “Train” yang pasti akan membuatkan penonton tak senang duduk bagi menyelesaikan misterinya.

Sinopsis “Train”

Seorang lelaki telah kehilangan orang yang paling disayanginya disebabkan oleh seorang pembunuh bersiri. Bagi mencari keadilan, dia telah memasuki ke dalam dunia lagi satu untuk membongkarkan kebenaran di sebalik kematiannya.

Seo Do-won (Yoon Si-yoon) ialah seorang detektif dan sangat bersemangat apabila menjalankan tugasnya. Manakala Han Seo-kyung (Kyung Soo-jin) pula ialah seorang pendakwa dengan personaliti yang telus. Lee Jung-min (Shin So-yul) pula ialah seorang staf di unit penyiasatan saintifik dan dia merupakan sahabat baik yang sentiasa menyokong Do-won daripada belakang.

episod pertama train

Episod satu mendebarkan

Dengan hampir 10 tahun pengalaman, ternyata Yoon Si-yoon memberikan persembahan yang mantap dan meyakinkan sebagai watak Seo Do-won. Melihatkan pandangan tajam serta emosi sedihnya apabila melihat orang tersayang menghembuskan nafas terakhirnya di depan mata sendiri turut membuatkan penonton merasai perasaan hibanya.

Lebih mendebarkan apabila pembunuh yang disyaki merupakan ayahnya sebelum ini berkemungkinan besar bukanlah penjehayah yang sebenar membuatkan premis drama ini sangat mengelirukan dan berbelit.

Meskipun “Train” masih lagi belum menyelongkar dunia selari yang lagi satu, namun dua episod awal ini sudah cukup untuk membuatkan penonton berasa ternanti-nanti untuk melihatkan sambungannya. Tambahan pula dengan kemunculan Seo Do-won daripada dunia selari dilihat pada akhir episod dua menimbulkan pelbagai lagi persoalan dalam minda ramai orang.

episod pertama train

Mungkin kerana masih lagi di awal tayangan, namun naskhah fantasi dunia selari dan misteri ini hanya mampu meraih rating yang rendah. Episod pertamanya hanya mampu mencatat rating 1.37% manakala terdapat sedikit peningkatan pada episod seterusnya iaitu 1.44%.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...