Ikuti Kami:

Drama ‘Leverage’ Sampai Ke Penghujungnya, Pelakon Utama Bagi Harapan Untuk Musim Kedua?

Drama ‘Leverage’ Sampai Ke Penghujungnya, Pelakon Utama Bagi Harapan Untuk Musim Kedua?

Kalau anda nak tahu, ada sebuah drama best yang baru sahaja menamatkan tayangannya di Korea. Drama ala-ala Robin Hood versi moden ini diilhamkan daripada drama dengan tajuk yang sama daripada Amerika Syarikat. Namun begitu, mereka tidak mengambil isi cerita bulat-bulat daripada drama asal itu dan telah mengubahnya bersesuaian dengan hal insurans dan jenayah di Korea.

Drama ini mengisahkan tentang Lee Taejoon (Lee Donggun) iaitu seorang penyiasat bagi penipuan insurans yang sangat cekap. Namun selepas satu insiden yang meragut nyawa anaknya, dia telah berhenti kerja dan mula merekrut beberapa penjenayah terkenal untuk menubuhkan satu pasukan penipuan elit. Pasukan itu dianggotai oleh Hwang Sookyung (Jeon Hyebin), Go Nabyul (Kim Saeron), Roy Ryu (Kim Kwon) dan Jung Uiseong (Yeo Hoiyeon). Bersama-sama, mereka ‘mengenakan’ dan mencuri duit daripada penjenayah kaya dan memulangkan kesemua duit itu kepada mangsa-mangsa mereka.

leverage harap musim kedua

Setiap ahli pasukan “Leverage” ini ternyata menarik minat penonton kerana personaliti dan kemahiran mereka yang berbeza-beza. Ketua kumpulan itu ialah Lee Taejoon, Hwang Sookyung pula bertanggungjawab sebagai penipu, Go Nabyul ialah pencuri, Roy Ryu diberi gelaran sebagai senjata manusia dan terakhir sekali, Jung Uisung pula bertanggungjawab sebagai si celik teknologi. Gila gempak!

Setelah 4 bulan ke udara menerusi saluran TV Chosun, akhirnya drama saspens itu telah menamatkan tayangannya kelmarin. Rata-rata peminat tegar naskhah ini melahirkan rasa sedih mereka kerana tidak dapat lagi menonton kehebatan jalan cerita dan lakonan yang ditonjolkan oleh setiap teraju utama “Leverage”.

leverage harap musim kedua

Mungkin turut menyukai drama ini, kebanyakan pelakonnya menzahirkan keinginan untuk musim kedua bagi menyambung naskhah tersebut.

“Saya harap kami dapat kembali dengan musim kedua dan membawa banyak lagi kisah yang menyeronokkan.” – Jeon Hyebin

“Saya percaya kerjasama kami semua sebenarnya adalah persiapan untuk musim kedua. Saya berharap agar kami dapat kembali lagi dengan lebih banyak cerita dan kerjasama yang baik antara kami berlima.” – Lee Donggun

Anda juga mesti ternanti-nantikan musim baru “Leverage” kan? Harapnya ia menjadi kenyataan!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...