Ikuti Kami:

Drama Korea Pertama Tentang Dunia Salon Rambut, ‘Fly Butterfly’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Drama Korea Pertama Tentang Dunia Salon Rambut, ‘Fly Butterfly’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Setelah hanya khabar angin yang berterbangan, JTBC kini telah mengumumkan barisan pelakon untuk drama “Fly Butterfly”.

“Fly Butterfly” membawa kisah dunia pereka rambut berbakat yang bekerja di sebuah salon rambut dan berjanji akan mengubah pelanggan mereka kepada ‘rama-rama cantik’. Drama ini akan membawa penonton melihat individu belajar untuk menyayangi diri mereka di dalam dunia di mana gaya rambut menyempurnakan 90 peratus daripada penampilan fizikal seseorang itu.

fly butterfly

Dari kiri atas: Kim Hyang-gi, Park Jung-woo; Dari kiri bawah: Moon Tae-yoo, Kim Ka-hee

Kim Hyang-gi akan berlakon sebagai Gi Bbeum, seorang intern di salon rambut tersebut dan Park Jung-woo pula akan berlakon sebagai Moo Yeol, intern paling muda di situ. Moon Tae-yoo bakal membawa watak Teacher Woo, seorang intern yang sangat pendiam manakala Kim Ka-hee menggalas tanggungjawab sebagai intern bernama Soo Ri yang optimistik.

Untuk watak penggaya rambut senior, Choi Daniel bakal membawa watak Kwang-soo dan Oh Yoon-ah pula bertanggungjawab sebagai pengarah salon rambut tersebut iaitu Michelle. Selain itu, Shim Eun-woo telah ditawarakn watak sebagai salah seorang penggaya rambut lain bernama Jen.

fly butterfly

Dari kiri: Choi Daniel, Oh Yoon-ah, Shim Eun-woo

Disebabkan ini adalah kali pertama drama Korea menyentuh mengenai dunia salon rambut dan pekerjanya daripada sudut tempat kerja tersebut, pastinya ia akan memberikan pengalaman yang unik kepada penonton. “Fly Butterfly” juga dikhabarkan merupakan naskhah kemanusiaan yang akan membangkitkan pelbagai emosi apabila ditayangkan nanti.

Lagi best kerana ia akan ditulis oleh penulis Park Yeon-sun yang pernah menjayakan drama “Age Of Youth” sebelum ini. Drama ini difahamkan akan mula menyapa penonton pada tahun 2021 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...