Ikuti Kami:

Drama Kerjaya Juga Cinta Di Pusat Kaji Cuaca, Park Minyoung & Song Kang Terajui ‘Cruel Story Of Office Romance’

Drama Kerjaya Juga Cinta Di Pusat Kaji Cuaca, Park Minyoung & Song Kang Terajui ‘Cruel Story Of Office Romance’

Wow akhirnya Park Min-young bakal kembali dengan drama baru tak lama lagi!

Dipelopori oleh JTBC, “Cruel Story Of Office Romance” membawa kisah kerjaya dan cinta mengenai individu yang bertugas di Pentadbiran Meteorologi Korea iaitu perkhidmatan ramalan kaji cuaca.

Park Min-young akan membawa watak sebagai si dingin, Jin Ha-kyung. Seorang bijak pandai dan tersusun yang melakukan semuanya mengikut peraturan selain serius dalam mengasingkan perihal kerja dan kehidupan peribadi. Disebabkan oleh perwatakannya yang ‘sejuk’, dia hanya mempunyai beberapa rakan di tempat kerja dan menjadi ‘orang luar secara pilihan’.

Song Kang pula akan menggalas watak Lee Si-woo, seorang yang bebas dan berfikir di luar kotak. Nampak sahaja seperti kalut, tapi dia memiliki IQ setinggi 150 dan mampu mencapai apa sahaja yang dimahukan apabila dia nekad. Pun begitu, walaupun bijak dan berkemahiran tinggi, lelaki itu hanya kisahkan mengenai hal cuaca.

jtbc cruel story of office romance

Watak Han Ki-joon akan dilakonkan oleh Yoon Park di mana dia merupakan seorang yang tampan serta tangkas dek mulutnya yang manis dan pandai memujuk. Menggunakan kemahiran tersebut, lelaki itu berjaya diambil bekerja oleh jurucakap pejabat itu selepas mengalami kesusahan pada awal kariernya di perkhidmatan itu. Walaubagaimanapun, disebabkan sudah sekian lama hidup sebagai pelajar contoh, dia mengalami kesukaran untuk menerima kegagalan.

Bagi melengkapi barisan pelakon utama itu, Yura (Girls’ Day) akan menghidupkan watak Chae Yoo-jin iaitu seorang wartawan cuaca harian. Meskipun merebut kerjaya itu dengan harapan dapat membawa berita hangat dan mengejutkan serta bertugas di lapangan, wanita itu hanyalah ditugaskan di ‘pasukan cuaca dan gaya hidup’. Awalnya kecewa, dia kemudiannya mula menyukai bahagian kerja itu.

Bakal memulakan penggambaran pada musim panas nanti, “Cruel Story Of Office Romance” mungkin akan menemui penonton pada awal tahun depan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...