Ikuti Kami:

Drama Jenayah Tetapi Kelakar ‘Catch The Ghost’ Berjaya Pikat Hati Penonton Pada Awal Tayangannya!

Drama Jenayah Tetapi Kelakar ‘Catch The Ghost’ Berjaya Pikat Hati Penonton Pada Awal Tayangannya!

Drama Korea ini memang berhantu betul! Lepas dah habis tonton satu drama, mesti akan ada drama lain yang dah tunggu giliran untuk dilayan pula. Kadang-kadang, ada yang ketagih sehingga tengok beberapa drama dalam satu masa. Sampai tak menang tangan!

Kini, admin nak kenalkan dengan satu drama yang baru sahaja ditayangkan dua episod. Walaupun masih lagi ‘hijau’ tetapi kebanyakan penonton yang sudah melihatnya memberikan ‘thumbs up’!

catch the ghost dilakonkan oleh moon geunyoung dan kim seonho

Drama “Catch The Ghost” membawa Moon Geunyoung kembali ke kaca televisyen selepas 4 tahun menyepikan diri. Siapa sahaja tak kenal pelakon genit ini? Mempunyai pelbagai drama popular di dalam genggaman antaranya ialah “Painter of the Wind”, “Marry Me, Marry!”, “Cinderella’s Sister” dan banyak lagi. Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja mereka kerana sudah lama merindui wanita ini.

Seorang lagi teraju utama bagi drama ini ialah Kim Seonho yang kian popular setelah membintangi drama hit iaitu “100 Days My Prince” pada tahun lepas. Dia terus mencipta nama dan membuktikan verstaliti pada lakonannya menerusi drama komedi “Welcome to Waikiki 2”.

Sinopsis

“Catch the Ghost” membawa kisah Yooryung (Moon Geunyoung), seorang detektif amatur yang bercita-cita tinggi. Dia berusaha keras bagi mencari adik kembarnya iaitu seorang pesakit autisme yang telah lama hilang. Kerana membesar berdua dengan kembarnya itu di bawah jagaan neneknya, dia mempunyai rasa tanggungjawab yang besar kepada adiknya itu tambahan pula apabila neneknya sudah tiada.

catch the ghost moon geunyoung

Go Jiseok (Kim Seonho) pula mempunyai kemahiran dalam pelbagai seni mempertahankan diri seperti Taekwondo dan Hapkido. Dia juga berjaya menempatkan diri pada kedudukan pertama ketika di akademi polis namun bahagia tidak berpanjangan apabila dia terpakasa menjaga ibunya yang disahkan mengalami demensia.

catch the ghost mencuit hati penonton

Yooryung mempunyai fikiran dan pandangan yang sangat tajam dan dia menggunakan kelebihannya itu untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah sebagai seorang pegawai polis yang ditugaskan mengawal kereta api bawah tanah. Dengan bantuan Jiseok yang merupakan senior kepadanya, mereka bersama-sama menyelesaikan kes jenayah, namun kebanyakan masanya lelaki itu terpaksa ‘membersihkan’ segala kekalutan yang disebabkan oleh Yooryung.

Penonton beri komen positif

Kisah ini telah mencuit hati penonton tambahan apabila melihat personaliti kedua watak ini yang sangat berlainan. Yooryung sering melakukan sesuatu mengikut kepalanya sahaja manakala Jiseok pula membuat keputusan mengikut peraturan sedia ada dan logik akal. Walaupun baru sahaja menemui penonton tetapi “Catch The Ghost” telah berjaya memikat hati mereka dengan telatah kelakar watak-watak ini.

catch the ghost lakonan moon geunyoung dan kim seonho cuit hati penonton

Agak memuaskan apabila drama ini berjaya meraih rating 4.1% pada episod pertamanya, Suatu rekod yang agak membanggakan bagi sebuah naskhah yang baru sahaja bermain di mata penonton. Nescaya, “Catch the Ghost” mampu untuk mencapai rating yang lebih tinggi apabila lebih banyak episodnya ditayangkan.

Siapa yang rindukan lakonan Moon Geunyoung, cepat-cepat tonton drama ini! Kalau rasa nak hilangkan tekanan, anda diwajibkan tonton “Catch the Ghost” kerana ia penuh dengan babak bersahaja dan kelakar.

Nah, beberapa klip kelakar untuk ‘goda’ anda supaya terpikat untuk tengok drama ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...