Ikuti Kami:

Drama Individu Di Sebalik Dunia Hiburan, Lee Sungkyung Dilamar Terajui ‘Shooting Star’

Drama Individu Di Sebalik Dunia Hiburan, Lee Sungkyung Dilamar Terajui ‘Shooting Star’

Selepas “Dr. Romantic 2” menamatkan tayangan, ramai yang ternanti-nanti Lee Sung-kyung kembali menyinari kaca televisyen mereka.

Menurut laporan media, pelakon wanita dan juga model itu khabarnya akan kembali ke dunia K-Drama dalam sebuah siri bertemakan dunia selebriti bertajuk “Shooting Star” tak lama lagi.

Ianya membawa kisah mengenai para selebriti yang muncul seperti bintang di langit serta usaha dan tenaga yang diberikan oleh orang di belakang tabir bagi menyinari artis tersebut. Meskipun naskhah lain pernah menonjolkan kehidupan selebriti dan pengurus mereka namun drama ini akan memberikan fokus kepada bidang lain dalam industri hiburan seperti  perhubungan awam, kewartawanan dan pasukan pengurus.

lee sungkyung

Jikalau Lee Sung-kyung menerima tawaran ini, dia akan memegang watak Oh Han-byul iaitu ketua bagi jabatan perhubungan awam di Star Force Entertainment. Di dalam industri gah tersebut, dia dikenali sebagai ‘Permaisuri Mengait’ – di mana orang awam menyukai kesemua selebriti di syarikatnya. Dengan pandangan matanya yang bersinar dan suara yang meyakinkan, pelakon dan pengurus daripada agensi lain turut mencarinya bagi menceritakan masalah mereka.

Menarik kan? Agaknya Lee Sung-kyung terima tak tawaran ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...