Ikuti Kami:

Drama ‘Forest’ Tamat Dengan Kesudahan Bahagia, Penonton Puji Plotnya Yang Membuai Perasaan

Drama ‘Forest’ Tamat Dengan Kesudahan Bahagia, Penonton Puji Plotnya Yang Membuai Perasaan

Kini tamat sudah sebuah drama menyenangkan iaitu “Forest” yang ditayang di bawah saluran KBS. Drama ini mendapat perhatian ramai kerana ianya diterajui oleh Park Haejin dan Jo Boah selain plot cerita melodrama yang membuai perasaan.

[Amaran SPOILER]

Kang Sanhyuk akhirnya pulih daripada kecederaan akibat tembakan dan merancang pembalasan dendam terakhir ke atas Kwon Joohan. Selepas berjaya mengemukakan bukti mengenai kerja kotor lelaki itu, dia akhirnya dibawa ke pengadilan undang-undang lantas Sanhyuk berjaya menegakkan keadilan yang sudah lama diperjuangkan.

episod akhir forest

Masih lagi trauma dengan kematian keluarganya, Jeong Youngjae menerima bukti bahawa sebenarnya kedua ibu bapanya cuba menyelamatkannya ketika insiden masa dia kecil itu. Selepas memaafkan kedua ibu bapanya, dia terjun ke dalam air bagi mengatasi traumanya, sama seperti apa yang diajar oleh Sanhyuk.

episod akhir forest

Beberapa ketika kemudian, Sanhyuk telah membuka sebuah hospital sempena dengan nama mendiang adiknya di perkampungan Miryeong manakala Youngjae kembali semula sebagai pelatih praktikal psikiatrik. Pada kesudahannya, pasangan ini dilihat sedang bertemu janji dengan mesra di dalam hutan tersebut.

Naskhah yang menenangkan

Rata-rata penonton meluahkan perasaan gembira apabila menonton “Forest” kerana sinematografinya yang cantik dan menenangkan. Naskhah ini dikatakan boleh ‘merawat’ sesiapa yang stres atau pun sedang tegang kerana perkembangannya yang santai.

Drama ini juga merekodkan rating yang baik sepanjang tayangannya meskipun hanya berjaya menutup tirai dengan catatan 4.3% dan 5.3%. Agak berbeza dengan episod awalnya yang berjaya merekodkan rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 7.4%.

Sesiapa yang mahu berehat sambil menonton drama, bolehlah mula ‘marathon’ “Forest” sepanjang hujung minggu ini!

Sumber: YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...