Ikuti Kami:

Drama ‘Find Me In Your Memory’ Mula Dengan Rating Stabil, Penonton Puji Lakonan Kim Dongwook!

Drama ‘Find Me In Your Memory’ Mula Dengan Rating Stabil, Penonton Puji Lakonan Kim Dongwook!

Apakah perasaan anda bila anda merupakan seorang yang susah untuk melupakan tentang sesuatu? Adakah ia akan berguna, membantu atau pun boleh tegakkan keadilan tetapi dengan syarat anda akan sentiasa ingat memori masa lampau yang menyakitkan. Inilah persoalan yang bermain dalam setiap fikiran penonton ketika menonton drama terbaru di bawah saluran MBC iaitu “Find Me In Your Memory”.

Permulaan cerita

Kisah bermula apabila Lee Junghoon (Kim Dongwook) iaitu seorang pembaca berita terkenal yang sangat berdedikasi dengan kerjayanya. Disebabkan oleh kekuatan memori yang cekap, dia dengan senangnya dapat menghafal skrip dan menggunakan kelebihan itu untuk membuatkan rancangan yang dikemudikannya jadi lebih menarik. Meskipun nampak tenang, Junghoon boleh ‘serang’ tetamunya dengan fakta yang membuatkan mereka tidak senang duduk. Contohnya apabila dia membongkarkan rahsia seorang taikun bisnes yang pernah melakukan penderaan fizikal.

episod pertama find me in your memory

Yeo Hajin (Moon Gayoung) pula ialah seorang pelakon yang popular tetapi sering terpalit dengan kontroversi hampir saban hari. Pun begitu, dia sering menggunakan laman media sosialnya untuk menutup segala cakap-cakap buruk ini. Wanita ini mula bertemu muka dengan pembaca berita terkenal tersebut apabila dia dijemput sebagai tetamu undangannya. Kerana berasa gementar, pembantu Hajin telah pun memberikannya kopi ais yang dicampurkan dengan arak. Disebabkan berada dalam luar sedar, pelakon ini menyentuh tentang suatu kisah yang menyebabkan Junghoon mula terdiam semasa siran langsung itu. Oleh kerana kesilapan itu, Hajin dan Junghoon kini dikaitkan dengan skandal cinta!

episod pertama find me in your memory

Babak imbas kembali yang signifikan

“Find Me In Your Memory” kerap kali melakukan babak imbas kembali, mungkin untuk menekankan kebolehan Junghoon dalam mengingati sesuatu perkara. Tak kurang juga, mungkin ini adalah babak yang perlu ada bagi menjelaskan hubungan kedua watak utama apabila cerita ini kian berkembang nanti. Memperlihatkan insiden kekok di antara mereka semasa siaran langsung itu, penonton meneka bahawa Hajin dan Junghoon sebenarnya mempunyai kaitan dalam masa lampau. Daripada momen masa silam itu pun, kita dapat lihat bekas kekasih lelaki itu yang mati akibat daripada kemalangan yang disebabkan olehnya sendiri.

episod pertama find me in your memory

Nak tahu kenapa babak ini penting? Daripada momen pendek ini, penonton dapat tahu bahawa Hajin sebenarnya ialah rakan baik kepada kekasih Junghoon. Selain itu, mengejutkan apabila kedua watak utama ini sebenarnya mengunjungi doktor psikiatri yang sama. Junghoon mendapatkan rawatan kerana insiden ngeri itu tetapi kenapa pelakon terkenal dan nampak normal iaitu Hajin memerlukannya?

episod pertama find me in your memory

Rating stabil

Untuk episod pertama “Find Me In Your Memory”, naskhah ini berjaya meraih rating yang boleh tahan stabil iaitu 3.0% dan 4.5%. Mungkin juga kerana persaingan sengit dengan episod terakhir “Forest” dan juga “Memorist”. Untuk episod keduanya pula, ia telah meraih purata rating 3.5% dan 3.4% lantas menunjukkan ia masih lagi belum diterima sepenuhnya oleh ramai penonton.

Tapi jangan risau kerana Kim Dongwook merupakan pelakon yang sangat hebat dan plotnya mungkin akan mendebarkan apabila ia semakin berkembang. Jangan lupa tonton “Find Me In Your Memory” pada setiap Rabu dan Khamis!

Sumber: The Fact

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...