Ikuti Kami:

Drama Dunia Hiburan Korea, Kim Youngdae Dilamar Terajui ‘Shooting Star’ Bersama Lee Sungkyung

Drama Dunia Hiburan Korea, Kim Youngdae Dilamar Terajui ‘Shooting Star’ Bersama Lee Sungkyung

Baru sahaja berita Kim Young-dae undur diri daripada drama “School 2021”, sudah ada tawaran berlakon baru yang menantinya.

Dikatakan lelaki itu dilamar untuk terajui drama “Shooting Star” di tvN. Ianya membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea dan menceritakan mengenai individu yang bertanggungjawab ‘membersihkan’ kehidupan selebriti. Naskhah ini juga menekankan bagaimana pelbagai staf seperti pengurus dan jurusolek yang membantu membuatkan selebriti berkenaan lebih bersinar.

Watak yang ditawarkan kepada Kim Young-dae itu ialah Gong Tae-sung, wajah kepada agensi Star Force Entertainment. Dia merupakan bintang muda di era ini dan bakal dinamakan sebagai seorang yang berpengaruh dalam sejarah K-Drama. Dengan penampilan yang bersinar dan aura yang suci, dia tidak terpalit dengan khabar angin selama 10 tahun lamanya. Meskipun luarannya yang sopan, terdapat sisi tersembunyi yang penuh dengan rahsia dan kejutan.

kim youngdae

Kata agensinya,

Memang benar Kim Young-dae ada menerima tawaran daripada ‘Shooting Star’.

Sebelum ini, Lee Sung-kyung dilamar untuk berlakon sebagai teraju utama di dalam drama ini juga. Namun masih belum ada kata putus yang diberikan.

Adakah Kim Young-dae dan Lee Sung-kyung akan bergandingan, sama-sama kita nantikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...