Ikuti Kami:

Drama Baru Ahn Jaehyun, ‘Love With Flaws’ Dapat Rating Baik Untuk Episod Pertamanya!

Drama Baru Ahn Jaehyun, ‘Love With Flaws’ Dapat Rating Baik Untuk Episod Pertamanya!

Meskipun Ahn Jaehyun sedang melalui krisis rumah tangga bersama Gu Hyesun, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus merakamkan drama “Love With Flaws”. Heroin bagi drama itu ialah Oh Yeonseo dan ramai peminat yang tidak sabar ingin melihat keserasian mereka menerusi naskhah itu.

love with flaws dapat rating baik

Kalau anda nak tahu, “Love With Flaws” sudah mula ditayangkan sejak 29 November lagi dan kian mendapat perhatian peminat drama Korea. Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Lee Kangwoo (Ahn Jaehyun) yang sangat narsistik dan obsesinya terhadap wajah bermula selepas cintanya ditolak kerana kehodohannya. Joo Seoyeon (Oh Yeonseo) pula merupakan seorang guru pedidikan jasmani yang bencikan lelaki kacak. Ini disebabkan oleh tiga orang abangnya yang terlalu tampan sehingga sering membawa masalah kepadanya. Dia hanya mahukan seorang lelaki yang normal sebagai pasangan hidupnya. Bersama-sama, mereka cuba melawan persepsi buruk masing-masing bagi mencari cinta sejati.

Walaupun baru ditayangkan dua episod, tetapi ia sudah mencatat rating yang baik. Mengikut laporan Nielsen Korea, episod pertama “Love With Flaws” merekodkan rating 3.2% dan 4% di seluruh negara, di mana catatan tersebut adalah lebih tinggi berbanding episod terakhir drama “Extraordinary You” yang ke udara sebelum drama tersebut dalam slot yang sama.

love with flaws dapat rating baik

Lakonan Oh Yeonseo sememangnya tak perlu dipertikaikan lagi, wanita ini sudah dikenali sebagai pelakon yang baik. Ahn Jaehyun juga mula mendapat pujian penonton sejak kebelakangan ini walaupun pernah ‘dikecam’ kayu suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat banyak lagi pelakon hebat yang menyerikan lagi drama ini iaitu Kim Seulki, Gu Won dan Heo Jeongmin. Jadi, jangan lupa tonton drama ringan ini untuk lepaskan stress anda pada setiap Rabu dan Khamis di saluran MBC!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...