Ikuti Kami:

Drama Ahli Sihir Jual Beli Jiwa Manusia, ‘Come To The Witch Restaurant’ Mula Tayang Julai Ini

Drama Ahli Sihir Jual Beli Jiwa Manusia, ‘Come To The Witch Restaurant’ Mula Tayang Julai Ini

Excitednya! Drama baru lakonan Song Ji-hyo iaitu “Come To The Witch Restaurant” telah pun meriliskan foto yang pertama.

Kalau anda nak tahu, drama fantasi gelap ini membawa kisah restoran ahli sihir yang menjual makanan. Ia membantu merealisasikan impian sesiapa dengan meminta pertukaran nyawa pelanggan tersebut.

Song Ji-hyo melakonkan watak Hee-ra yang membuat ‘makanan jiwa’ yang misteri dan Nam Ji-hyun bertugas sebagai staf bernama Jin di restoran tersebut yang terpaksa bekerja bagi membayar perjanjian yang dibuat dengan ahli sihir tersebut. Chae Jong-hyeop pula membawa watak Gil-yong, seorang pekerja separuh masa yang mempunyai jiwa naif.

come to the witch restaurant

Daripada foto yang diriliskan, penonton teruja ingin mengetahui bagaimana ketiga watak yang berbeza personaliti ini menguruskan restoran bersama.

Kalau anda nak tahu, drama ini dikisarkan kepada kisah yang memenangi anugerah utama di pertandingan cerita ketiga Kyobo Book Centre. Kisah tersebut menerima pujian ramai kerana menyentuh pebagai topik realistik yang boleh difahami ramai orang.

“Come To The Witch Restaurant” akan mula bersiaran menerusi TVing pada Julai okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...