Ikuti Kami:

Drama 2 Tahun Lepas Pun Tersenarai, 5 K-Drama Pilihan Warga Korea Di Netflix Kini

Drama 2 Tahun Lepas Pun Tersenarai, 5 K-Drama Pilihan Warga Korea Di Netflix Kini

Laman penstriman Netflix juga merupakan satu medium yang popular di Korea! Bahkan senarai Top 10 rancangan kegemaran ramai pada saban hari tetap dipenuhi banyak K-Drama walaupun mereka turut boleh menonton drama antarabangsa lain.

Mesti anda berasa ingin tahu K-Drama apa yang tengah ‘hot’ di sana sekarang ini kan? Nah senarai penuh Top 10 program Netflix popular di Korea kini!

It’s Okay To Not Be Okay (Tangga Pertama)

rating it's okay to not be okay biasa

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

Hospital Playlist (Tangga ke-5)

drama hospital playlist

Menceritakan kisah lima sekawan dalam usia lingkungan 40-an yang belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di sebuah hospital yang sama tetapi berbeza kepakaran. Ikuti kehidupan seharian doktor dan pesakit di institusi kesihatan tersebut yang lain daripada apa yang dijangkakan.

The World Of The Married (Tangga ke-6)

bayaran kim heeae per episod

Membawa kisah seorang doktor keluarga Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) yang dicurangi oleh suami sendiri dengan perempuan muda, kehidupan sempurnanya musnah. Bukan itu sahaja, dia turut dikhianati oleh teman rapat dan anak sendiri yang lebih berpihak kepada suaminya.

Was It Love? (Tangga ke-7)

episod pertama was it love

Drama komedi romantik ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem dan ibu tunggal yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki hadir dalam hidupnya dalam masa yang sama.

My Mister (Tangga ke-9)

my mister

Drama ini membawa kisah 3 adik-beradik lelaki yang terbeban dengan masalah mereka sendiri dan juga seorang wanita yang turut mengharungi kisah hidup yang sukar. Bersama-sama, mereka belajar cara untuk berasa bahagia selain bersyukur dengan apa yang dimiliki mereka.

Fuhhh! Boleh tahan sama taste warga Korea dengan antarabangsa sebabnya kebanyakan drama yang tersenarai ini juga merupakan pemilihan peminat K-Drama di serata dunia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...