Ikuti Kami:

‘Doom At Your Service’ Baru Tamat, Seo Inguk Terus Dilamar Terajui Drama ‘Minamdang: Case Note’

‘Doom At Your Service’ Baru Tamat, Seo Inguk Terus Dilamar Terajui Drama ‘Minamdang: Case Note’

Walaupun “Doom At Your Service” baru sahaja tamat tapi Seo In-guk khabarnya dah dapat tawaran berlakon baru.

Menurut sumber dalam industri, pelakon lelaki itu akan menerajui sebuah drama bertajuk “Minamdang: Case Note”. Malah agensinya turut mengesahkan berita tersebut dan menyatakan bahawa Seo In-guk kini sedang menelitinya.

Berdasarkan web novel dengan nama yang sama, drama ini dijadikan siri di Kakao Page dan memenangi pertandingan novel di laman tersebut. Ianya menceritakan kisah misteri yang dilalui bekas profiler, Han Joon dan rakan sekerjanya.

seo inguk

Ia berlatar belakangkan sebuah kafe bernama ‘Minamdang’ klien yang melawat premis tersebut. Berbanding dengan novel, akan ada banyak lagi watak baru diperkenalkan selain plotnya akan dikupas secara humor lantas berbeza dengan novel asalnya.

Khabarnya, penggambaran akan bermula pada Oktober ini.

Ada yang dah rindu dengan lakonan Seo In-guk ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...