Ikuti Kami:

Donghae SUPER JUNIOR Akan Keluarkan Single Terbaru ‘California Love’ Bersama Jeno NCT

Donghae SUPER JUNIOR Akan Keluarkan Single Terbaru ‘California Love’ Bersama Jeno NCT

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Dong-hae dan Eunhyuk SUPER JUNIOR akan mengeluarkan dua single solo, menjelang album penuh pertama mereka “Countdown” oleh D & E.

Dong-hae akan mengeluarkan single pra-rilisnya “California Love” yang menampilkan Jeno NCT. Jeno telah dikenali sebagai kawan baik kepada Dong-hae, dan mereka merancang untuk mempamerkan ‘chemistry’ mereka dalam single digital yang akan datang ini. Jeno juga turut terlibat dalam pembikinan lagu tersebut.

“California Love” adalah lagu dengan melodi yang menarik, yang menceritakan tentang keinginan untuk berkongsi cinta dengan orang yang disayangi dalam keindahan bandar California, serta mempunyai lirik yang manis.

super junior donghae

Lagu ini akan dikeluarkan pada 13 Oktober ini jam 5 petang dan teaser muzik video ini akan dikeluarkan pada malam nanti jam 9 malam.

Tak sabarnya nak dengar lagu “California Love” ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...