Ikuti Kami:

DOLLA Teruja Single ‘Impikan’ Ditulis Komposer K-Pop Yang Pernah Bekerjasama Dengan BTS & EXO

DOLLA Teruja Single ‘Impikan’ Ditulis Komposer K-Pop Yang Pernah Bekerjasama Dengan BTS & EXO

Kerap dikaitkan dengan kumpulan K-Pop popular iaitu BLACKPINK, nampaknya DOLLA telah menggunakan khidmat penulisan lirik untuk single terbaru mereka daripada komposer terkenal antarabangsa.

Rupanya lagu “Impikan” atau pun “Watch Me Glow” dalam versi Inggeris tersebut ditulis oleh Ludwig Lindell dan Daniel Caesar. Kalau anda nak tahu, mereka terkenal dalam kalangan peminat K-Pop kerana pernah menulis lagu untuk bintang Korea seperti BTS, Red Velvet dan EXO.

Kami bersyukur dan sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka.

dolla tiru blackpink

Ahli DOLLA juga banyak melakukan research sebelum menjalani rakaman single ini disebabkan oleh mesejnya yang sangat kuat dan memberi harapan buat pendengar.

Jadi kami perlu memastikan semangat itu sampai kepada mereka.

Terdahulu, DOLLA mendapat perhatian antarabangsa selepas satu portal popular K-Pop telah menulis artikel mengenai gaya kumpulan ini yang lebih kurang sama dengan BLACKPINK. Walaubagaimanapun, 4 anak Malaysia ini menolak dan mengatakan bahawa mereka hanya mendapat inspirasi melihat kejayaan kumpulan popular itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...