Ikuti Kami:

Drama Baru ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ & ‘Private Lives’ Bakal Temui Penonton Bermula 7 Oktober Di Netflix

Drama Baru ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ & ‘Private Lives’ Bakal Temui Penonton Bermula 7 Oktober Di Netflix

Semakin lama, semakin banyak K-Drama yang boleh diakses penonton menerusi laman penstriman popular Netflix. Best kan sebab boleh tonton episod baru sejam sahaja lepas tayangan di Korea, siapa ada sari kata dalam pebagai bahasa pula!

Bakal menghiasi Oktober anda, ini adalah dua drama Korea yang turut akan ditayangkan di Netflix nanti dan sama tayangan di Korea.

Private Lives (JTBC)

jtbc private life

Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.

Do Do Sol Sol La La Sol (KBS)

netflix do do sol sol la sol

Ia adalah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo La-la (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano ‘La La Land’ yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dingin dan misteri iaitu Sun Woo-joon (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.

Lebih menyeronokkan kerana kedua-dua drama ini akan memulakan tayangan pada tarikh yang sama iaitu 7 Oktober nanti. Jangan lupa untuk duduk bersedia di hadapan Netflix pada tarikh ini tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...