Ikuti Kami:

Dituduh Sebar Video Lucah Dan Rogol, Choi Jonghoon Serta Jung Joonyoung Dipenjara Bermula Hari Ini

Dituduh Sebar Video Lucah Dan Rogol, Choi Jonghoon Serta Jung Joonyoung Dipenjara Bermula Hari Ini

Mesti semua mahukan selebriti Jung Joonyoung dan Choi Jonghoon supaya mendapat hukuman yang setimpal atas kesalahan jenayah mereka. Bagi yang tidak tahu, mereka telah dituduh menyebarkan rakaman video lucah serta merogol secara beramai-ramai. Insiden itu dikatakan berlaku di daerah Gangwon pada Januari 2016 dan di Daegu sekitar Mac 2016.

Pada 29 November, Hakim Kang Sungsoo daripada Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah membaca hukuman yang dijatuhkan ke atas lima individu termasuklah Jung Joonyoung dan Choi Jonghoon.

jung joonyoung dan choi jonghoon dijatuhkan hukuman penjara

Mahkamah telah memutuskan bahawa Jung Joonyoung akan dipenjarakan selama 6 tahun dan Choi Jonghoon pula selama 5 tahun atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas individu yang tiada daya untuk melawan. Mereka juga bakal melalui program pemulihan keganasan seksual selama 80 jam. Selain itu, kedua-dua mereka tidak dibenarkan untuk bekerja untuk organisasi yang berkaitan dengan kanak-kanak dan remaja.

Walaupun kebanyakan netizen mahukan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada dua orang selebriti tersebut tetapi mereka bersyukur kerana penjenayah itu berjaya dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...