Ikuti Kami:

Dituduh Lewat Ke Acara Adidas Khas Bersama David Beckham, Peminat Tampil Bela Blackpink!

Dituduh Lewat Ke Acara Adidas Khas Bersama David Beckham, Peminat Tampil Bela Blackpink!

Walaupun baru 3 tahun berkecimpung di dalam industri seni, kumpulan idola Blackpink telah berjaya menakluk pasaran muzik di Korea dan juga di persada antarabangsa. Dengan pengaruh yang dimiliki oleh mereka ini, semestinya banyak jenama terkenal yang ingin menjadikan kumpulan gadis ini sebagai wajah jenama mereka. Terbaru, Blackpink telah dijemput menghadiri acara bagi menyambut ulangtahun ke-70 Adidas di Seoul. Yang seronoknya, pemain bola sepak terkenal iaitu David Beckham turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.

Pun begitu, cerita kurang enak telah tersebar semasa acara itu berlangsung. Kumpulan Blackpink dikatakan telah lewat menghadirkan diri ke acara itu. Menurut jadual yang dikeluarkan, sesi mereka adalah pada 11.55 pagi sehingga 12.05 tengah hari. Tetapi kumpulan gadis itu hanya tiba pada 12:15 tengah hari iaitu 20 minit lambat daripada waktu yang dijanjikan.

david beckham di acara adidas di seoul

Menurut media, David Beckham telah menghabiskan masa itu dengan bergambar bersama peminat dan melayan mereka. Kemudiannya, barulah Blackpink turut serta bersama bintang bola sepak itu di atas pentas. Walaubagaimanapun, ada yang membela Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa dengan menyatakan bahawa mereka sebenarnya dijadualkan untuk turut serta semasa bahagian kedua acara itu.

blackpink lewat ke acara adidas bersama david beckham

david beckham dan blackpink di acara adidas di seoul

Peminat Blackpink iaitu BLINKs telah tampil dan menyertakan bukti bagi meredakan kritikan orang ramai terhadap cerita kononnya kumpulan idola itu lewat ke acara Adidas tersebut. Para peminat menyatakan bahawa Blackpink tidak lambat ke acara itu dan mereka sedang menunggu di belakang pentas. Peminat turut menyertakan gambar sebagai bukti mereka telah pun sampai semasa itu.

Pihak media turut menuduh akibat kelewatan Blackpink, mereka tidak sempat untuk berjumpa dengan David Beckham langsung. Pun begitu, BLINKs telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan ahli kumpulan itu bersalaman dan berpelukan dengan pemain bola sepak itu.

peminat bela blackpink dituduh lewat ke acara adidas di seoul

Tak pasti apakah kisah sebenar di sebalik insiden ini tetapi nasib baik acara jenama sukan popular Adidas itu berjalan dengan lancar. David Beckham dan Blackpink, kedua-duanya kelihatan gembira sepanjang acara itu berlangsung. Jadi, bukan isu yang besar pun sebenarnya. Mungkin juga ada masalah komunikasi antara pihak media, pihak penganjur dan kumpulan Blackpink semasa hari kejadian?

Sumber: Allkpop, Koreaboo, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...