Ikuti Kami:

Tuduh Ciplak Plot, Penerbit Filem Tamil Mahu Saman ‘Parasite’!

Tuduh Ciplak Plot, Penerbit Filem Tamil Mahu Saman ‘Parasite’!

Sejak filem “Parasite” berjaya membawa nama Korea ke persada filem dunia, semakin ramai yang mula memberikan perhatian kepada naskhah arahan Bong Joonho itu. Lagi pula apabila ia menjadi filem bukan bahasa Inggeris pertama yang berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik semasa Anugerah Academy yang ke-92 baru-baru ini.

parasite

Pun begitu, ketika semua sedang bergembira, seorang penerbit filem Tamil iaitu PL Thenappan mendedahkan bahawa dia akan menyaman penerbit filem “Parasite” atas sebab plagiarisme. Menurut dakwaan lelaki itu, filem berasal daripada Korea telah menciplak plot cerita filem Tamil berjudul “Minsara Kanna”.

Saya akan memfailkan kes dengan bantuan seorang peguam antarabangsa. Mereka telah mengambil plot filem saya.

Kalau anda nak tahu, filem “Minsara Kanna” yang diriliskan pada tahun 1999 dan telah menampilkan bintang Tamil popular iaitu Vijay. Ianya mengisahkan tentang Kaasi (Vijay) memasuki rumah seorang wanita kaya sebagai pemandu dan membawa ahli keluarganya, seorang demi seorang untuk bekerja di rumah tersebut dengan niat tersembunyi.

parasite plagiat misara kanna

Lain pula reaksi pengarah filem Tamil itu iaitu S. Ravikumar yang nyata berbangga dengan kontroversi itu. Sebabnya tanpa sengaja, ia telah membawa perhatian terhadap filemnya itu. Pengarah ini juga menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

Saya gembira kerana filem itu menerima anugerah Oscar, walaupun ia (Minsara Kanna) hanya sebagai inspirasi. Tetapi untuk menyaman, itu terserah kepada penerbit.
Macam nak sama, macam tak.

Apa-apa pun, kita nantikan respons Bong Joonho sendiri mengenai dakwaan ini.

Sumber: Astro AWANI

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...