Ikuti Kami:

Dituduh Bunuh & Cuba Jadi Ibu Tiri Pada Anak Sendiri, 3 Sebab Kena Tonton Drama Penuh Plot Twist ‘Lie After Lie’

Dituduh Bunuh & Cuba Jadi Ibu Tiri Pada Anak Sendiri, 3 Sebab Kena Tonton Drama Penuh Plot Twist ‘Lie After Lie’

Bukan nak cakaplah kan, tapi seronok betul bila tengok drama Korea yang ketengahkan konflik di antara keluarga selain menyimpan rahsia besar yang boleh memporak-perandakan anak-beranak dalam masa satu malam sahaja!

Sama juga dengan drama terbaru “Lie After Lie” yang bakal ditayangkan di Channel A pada 4 September nanti. Kalau dengar plotnya sahaja pun, sudah pasti anda akan berasa teruja.

Drama ini membawa kisah Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya. Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.

channel A lie after lie

Selain itu, banyak sebab lain kenapa anda perlu menonton drama ini. Misteri, jenayah, pengkhianatan, semuanya ditaburkan rempah secukupnya bagi membuatkan penonton tak senang duduk semasa menontonnya.

1. Kesukaran protagonis untuk mencari kebenaran selepas hidupnya menjadi kelam dek satu insiden berdarah

Dalam “Lie After Lie”, kehidupan Ji Eun-soo musnah selepas dia dituduh membunuh suaminya iaitu seorang pewaris kepada keluarga kaya. Watak ini juga kemudiannya melalui daripada satu tragedi ke tragedi yang lain termasuklah didera, dipenjarakan atas tuduhan membunuh suaminya walhal dia tidak bersalah bahkan wanita itu turut kehilangan hak penjagaan anak perempuannya.

channel A lie after lie

Walaubagaimanapun, apabila Ji Eun-soo berterusan mengaku bahawa dia tidak bersalah, seorang wartawan TV iaitu Kang Ji-min mula berasa sangsi dengan kes tersebut dan cuba membongkar kejadian sebenar di sebalik kematian suami wanita itu. Manakala, Kim Ho-ran iaitu ibu mertua Ji Eun-soo (Lee Il-hwa) dipenuhi dengan kemarahan selepas kehilangan satu-satu anak lelakinya.

2. Pendedahan demi pendedahan: Banyak plot kejutan yang tidak dijangkakan

“Lie After Lie” berjanji akan menyampaikan pelbagai plot twist demi plot twist, daripada cara perkembangan plot sehingga hubungan yang tidak dapat diagak antara watak di dalamnya.

Dengan tambahan ‘cinta palsu’ yang dibina di antara Ji Eun-soo dan Kang Ki-min selepas pertemuan tidak dijangka, akan ada banyak lagi perkembangan hubungan di antara watak lain seperti isteri pertama Kang Ji-min iaitu Eun Se-mi (Im Joo-eun) dan pemain golf profesional yang baik hati iaitu Kim Yeon-joon (Kwon Ha-woon). Lagi mendebarkan apabila akan ada pendedahan misteri di sebalik identiti anak Kang Ji-min, Kang Woo-joo (Go Ha-nee).

channel A lie after lie

3. Dibarisi pelakon yang dijamin hebat

Bukan sahaja dibintangi Lee Yu-ri, Yeon Jung-hoon, Lee Il-hwa, Im Joo-eun dan Kwan Ha-woon, “Lie After Lie” turut dilengkapi dengan pelakon sampingan berbakat termasuklah Lim Ye-jin, Kim Seung-hwan, Lee Won-jong, Lim Seung-dae, Choi Dae-sung, Go Soo-hee, Jung Si-ah, Yoon Sung-mo, Baek Song-yi, Kwon Hyuk-hyun dan ramai lagi.

channel A lie after lie

Serius tak sabar nak tonton drama ini! Rasanya semua sebab yang diberikan ini sudah membuatkan penonton di rumah dah teruja menanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...