Ikuti Kami:

Dituduh Buli Di Sekolah, Pelakon ‘The World Of The Married’ Shim Eunwoo Akui Kesalahan & Mohon Maaf

Dituduh Buli Di Sekolah, Pelakon ‘The World Of The Married’ Shim Eunwoo Akui Kesalahan & Mohon Maaf

Kalau anda nak tahu, pada awal bulan ini, pelakon yang popular menerusi drama “The World Of The Married” iaitu Shim Eun-woo telah terpalit dengan kontroversi buli sewaktu di sekolah.

Seorang individu yang pernah belajar bersama pelakon itu di sekolah menengah rendah memuat naik satu entri di laman komuniti dan menuduhnya terlibat dengan kes buli. Kata individu itu, walaupun tidak dibuli secara fizikal namun dia merupakan mangsa pemulauan selain dibuli secara psikologi dan Shim Eun-woo merupakan ketua kepada perlakuan tersebut.

Walaubagaimanapun agensi pelakon wanita itu mengatakan bahawa Shim Eun-woo menafikan tuduhan itu dan menjelaskan bahawa dia merupakan seorang pelajar contoh di sekolah dan tidak mempunyai memori yang jelas dengan tuduhan berikut. Dalam kenyataan yang sama, agensi pelakon itu mengatakan yang rakan Shim Eun-woo pernah bergaduh dengan individu tersebut dan kemudiannya kumpulan rakan pelakon itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya.

Kemudian, kakak kepada individu itu menulis satu lagi entri baru yang bercanggah dengan kenyataan agensi Shim Eun-woo. Katanya, terdapat banyak saksi yang boleh mengakui cerita si kakak itu.

shim eunwoo

Pada 28 Mac, selepas berjumpa dengan rakan sekelas itu secara bersemuka, Shim Eun-soo memuat naik permohonan maaf peribadi dan mengakui kesilapan dan menjelaskan daripada pihaknya mengenai kisah tersebut.

Ini ialah Shim Eun-woo.

Saya menulis ini dengan harapan agar dapat menyampaikan rasa maaf kepada rakan sekelas yang terluka dek perlakuan saya yang kurang matang dahulu.

Bulan lalu, apabila saya terbaca entri yang menyebabkan kontroversi tersebut, saya terus cuba menghubungi individu itu. Apabila dapat menghubungi salah seorang daripada ahli keluarganya, saya memberitahu mahu berjumpa dengan individu berkenaan. Walaubagaimanapun, apabila isu itu mendapat perhatian media sehingga perlara tersebut menjadi lebih besar dan juga kerana emosi yang tegang, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan individu itu.

Kemudian, saya terus berfikir mengenai masa lalu dan menghubungi rakan pada ketika itu menerusi pelbagai cara untuk mengingati kembali memori berkenaan. Tapi saya tidak berjaya mengingati apa yang berlaku dengan individu berkenaan.

Memikirkan apa yang saya boleh lakukan hanyalah mendengar cerita individu tersebut, saya membuat permintaan sekali lagi untuk berjumpa dengannya. Dan pada 25 Mac, kami telah berjumpa bersama agensi dan juga keluarga individu tersebut. Saya dapat mendengar situasi dan perasaan yang dialaminya semasa di sekolah dahulu.

Saya mendapati disebabkan kata-kata kurang matang yang saya lemparkan kepada individu tersebut semasa di sekolah, dia masih lagi menyimpan luka yang dalam yang tak sepatut dilaluinya semasa remaja. Saya sedar bahawa kata-kata dan tindakan yang saya lemparkan kepada orang lain tanpa berfikir semasa masih muda bolah menjadi luka yang lama kepadanya. Dan saya juga mulai berasa risau dengan kehidupan yang saya jalani selama ini termasulah diri saya yang sekarang. Walaupun sudah terlambat, saya mahu memohon maaf secara ikhlas kepada rakan sekelas itu.

Pada masa hadapan, saya akan menjalani kehidupan saya tanpa melukakan hati orang lain. Saya akan terus muhasabah diri dan cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan kepada orang ramai.

Akhir sekali, saya mahu memohon maaf kepada rakan pelakon dan semua yang terlibat dengan projek sekarang.

Kadang-kadang kita tak rasa perbuatan sensitif kita mungkin jadi luka buat orang lain..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...