Ikuti Kami:

Dituduh Berhabis Duit Suami Untuk Buat Pembedahan Plastik, Isteri Haha Tampil Nafikannya!

Dituduh Berhabis Duit Suami Untuk Buat Pembedahan Plastik, Isteri Haha Tampil Nafikannya!

Negara Korea sememangnya terkenal dengan kemajuan dalam teknologi pembedahan plastik. Sebut saja nak ‘betulkan’ bahagian tubuh yang mana, pasti boleh diuruskan oleh doktor kosmetik bertauliah di sana. Jangan terkejut kerana ada yang telah menjalani prosedur ini seawal usia 14 tahun atas galakan ibu bapa dan juga rakan mereka. Yalah kan, hidup dalam masyarakat yang pentingkan rupa, tak peliklah prosedur perubatan ini jadi rebutan rakyat di sana.

Orang biasa selalunya terlepas daripada kritikan apabila mereka menjalani sebarang pembedahan plastik tetapi tidak bagi golongan selebriti. Ini kerana mereka sering menjadi perhatian netizen, lantas jika ada perubahan pada wajah seseorang selebriti itu, pasti akan dapat ditangkap oleh netizen.

Isteri ahli “Running Man” iaitu Haha turut terpalit dengan khabar angin bahawa dia sangat obses dengan pembedahan plastik. Namun begitu, Byul sendiri telah tampil menafikan tebakan netizen mengenai isu itu.

isteri haha iaitu byul dituduh sering lakukan pembedahan plastik

Wanita itu menjelaskan bahawa perubahan fizikalnya itu berlaku selepas melahirkan anak pertama dan kedua mereka.

“Setiap kali memuat naik foto di laman sosial, saya kerap disalah anggap melakukan pembedahan plastik.
 
“Mereka kerap meninggalkan komen seperti adakah kamu (Byul) melakukan pembedahan plastik dengan duit yang diperolehi suami kamu?

isteri haha iaitu byul dituduh sering lakukan pembedahan plastik

“Sebenarnya perubahan fizikal itu berlaku adalah disebabkan saya sering hamil dan melahirkan anak, berat badan saya juga turun naik disebabkan kehamilan, sebab itu nampak berlainan.
 
“Bukanlah saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik sebaliknya saya sudah berhenti melakukannya selepas berkahwin,” jelasnya menerusi program KBS 2TV popular, Happy Together baru-baru ini.

Biarlah kalau Byul nak habiskan duit suaminya pun, asalkan Haha tak kisah dan menyokong kemahuan isterinya itu.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...