Ikuti Kami:

‘Ditto’ NewJeans Berjaya Ungguli Carta Mingguan Melon Selama 13 Minggu Berturut

‘Ditto’ NewJeans Berjaya Ungguli Carta Mingguan Melon Selama 13 Minggu Berturut

Nampaknya, kumpulan NewJeans berjaya mendominasi carta K-Pop.

Terkini, lagu “Ditto” NewJeans telah berada di no.1 dalam carta mingguan Melon selama 13 minggu berturut-turut.

Selain “Ditto”, lagu “OMG” dan “Hype Boy” juga telah menyapu bersih tempat kedua dan ketiga dalam carta yang sama serta membuktikan populariti NewJeans yang telah berjaya mengungguli carta berkenaan.

newjeans

Bukan sahaja di carta Melon, malahan lagu “Ditto” juga turut mendominasi carta mingguan di Genie, Bugs dan Billboard Hot 100, hanya dalam tempoh enam bulan sejak penampilan sulung mereka.

Tahniah NewJeans!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...