Ikuti Kami:

Ditolak Soo Ae, Song Hyekyo Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Fesyen ‘Now, We’re Breaking Up’

Ditolak Soo Ae, Song Hyekyo Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Fesyen ‘Now, We’re Breaking Up’

Wow, dengar cerita Song Hye-kyo mungkin akan menerajui sebuah drama yang berlatar belakangkan dunia fesyen tak lama lagi!

Menurut laporan media, wanita itu bakal membawa watak Ha Young-eun dalam drama “Now, We’re Breaking Up”.

Agensi naungannya iaitu UAA turut menjelaskan kepada media mengenai berita ini,

Ia adalah antara salah satu projek yang sedang diteliti olehnya.

Ha Young-eun ialah seorang ketua bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Waniat ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

song hyekyo

Jikalau Song Hye-kyo bersetuju untuk menyertai “”Now, We’re Breaking Up”, ia menandakan 2 tahun dia kembali berlakon selepas drama sebelum ini iaitu “Encounter”.

Kalau anda nak tahu, watak ini sebenarnya telah ditawarkan kepada Soo Ae, namun wanita tersebut terpaksa menolaknya kerana masalah jadual yang tidak mengizinkan.

Harapnya Song Hye-kyo terimalah tawaran ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...