Ikuti Kami:

Diterajui Song Hyekyo & Lee Dohyun, Drama Balas Dendam ‘The Glory’ Bakal Jadi Siri Netflix

Diterajui Song Hyekyo & Lee Dohyun, Drama Balas Dendam ‘The Glory’ Bakal Jadi Siri Netflix

Walaupun keduanya sibuk dengan drama lain kini, namun Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun bakal memaparkan sisi lain mereka dalam “The Glory” iaitu drama garapan penulis terkenal, Kim Eun-sook.

Menurut laporan, naskhah itu bakal ditayangkan sebagai siri asal Netflix dan penggambaran akan bermula pada Januari nanti. “The Glory” membawa kisah licik dan sedih mengenai seorang wanita yang merencana pembalasan dendam setelah sekian lama.

Semasa di sekolah menengah, dia berimpian untuk menjadi arkitek namun terpaksa berhenti sekolah selepas dibuli dengan kejam. Sejak itu, dia menantikan hingga pembulinya berkahwin, mempunyai anak yang kemudiannya memasuki sekolah rendah. Bertahun merancang, wanita itu memulakan rencana membalas dendam yang mendalam dan terdesak terhadap pembuli dan individu yang hanya melihatnya tanpa melakukan apa-apa sebagai guru kelas anak mereka.

lee dohyun song hyekyo

Biasanya menulis kisah romantik seperti “Secret Garden”, “The Heirs”, “Descendants Of The Sun” dan “Goblin”, Kim Eun-sook menampilkan sesuatu yang baru iaitu pembalasan dendam menerusi “The Glory”.

Malah Song Hye-kyo sudah pun disahkan menyertai drama ini sebelum “Now, We Are Breaking Up” memulakan penggambaran dan Lee Do-hyun juga disahkan menjadi pasangan pelakon dalam “The Glory” nanti.

Bagaimana agaknya gandingan Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...