Siap sedia semua untuk tayangan filem “Concrete Utopia”!

Untuk pengetahuan, “Concrete Utopia” yang dibintangi Park Seo-joon, Park Bo-young dan Lee Byung-hun, adalah filem yang akan menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.
Terbaru, pihak produksi telah melancarkan poster pertama untuk filem bencana berkenaan, menambah keterujaan penonton untuk menantikan keluaran naskhah ini.
Disaster thriller movie #ConcreteUtopia releases first poster. Starring #LeeByungHun #ParkSeoJoon and #ParkBoYoung pic.twitter.com/rHxvv83OUs
— daisy han (@kdramadaisy) February 7, 2023
Dalam filem ini, Lee Byung-hyun akan memegang watak sebagai wakil penduduk di pangsapuri dengan rasa tanggungjawab yang kuat. Apabila menghadapi masalah, dia sendiri akan mencari penyelesaiannya.
Sementara Park Seo-joon dan Park Bo-young akan menjadi pasangan suami isteri berusia 30-an, yang bekerja sebagai penjawat awam dan jururawat, yang terselamat di situ.
Meskipun tarikh keluaran rasmi untuk filem “Concrete Utopia” ini belum lagi diumumkan namun, penonton boleh menantikan tayangannya tak lama lagi!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉