Selepas sekian lama menanti, drama “Kokdu: Season Of Deity” akhirnya menemui penonton kelmarin.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan mengenai malaikat maut yang terpaksa meluangkan masa selama 49 hari di dunia.
Permulaan bermakna
Kokdu (Kim Jung-hyun) yang merupakan malaikat maut telah merasuk badan seorang pegawai perubatan bernama Do Jin-woo. Masalah bermula apabila dia tidak dapat menghantar roh ke akhirat memandangkan tugas seorang doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa.
Dilema itu membawanya kepada Han Gye-jeol (Im Soo-hyang) di mana dia merupakan seorang doktor bermasalah di tempat yang sama dan wanita tersebut sepertinya mengetahui rahsia lelaki itu.
Rating biasa
Walaupun bermula baik dengan catatan 4.8% semasa episod pertama namun rating “Kokdu: Season Of Deity” menunjukkan penurunan mendadak apabila episod keduanya hanya mampu mencatatkan angka sebanyak 2.2% sahaja.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉