Ikuti Kami:

Diterajui Ahn Jaehyun & Baek Jinhee, ‘The Real One Has Appeared’ Bakal Keluar Mac Ini

Diterajui Ahn Jaehyun & Baek Jinhee, ‘The Real One Has Appeared’ Bakal Keluar Mac Ini

Nampaknya ada drama baru yang bakal keluar pada bulan Mac ini la!

Terbaru, KBS2 akan mengeluarkan sebuah drama baru berjudul “The Real Deal Has Appeared” yang bakal ditayangkan pada 25 Mac nanti.

Untuk maklumat, drama ini mengisahkan tentang kehidupan huru-hara seorang ibu tunggal yang menjalinkan hubungan palsu kontrak dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menentang perkahwinan.

ahn jaehyun & baek jinhee

Untuk pengetahuan, pelakon Baek Jin-hee akan memegang watak sebagai seorang wanita yang menawan iaitu Oh Yeon-doo, seorang pengajar bahasa yang merupakan bintang terkenal dalam industri kuliah internet. Manakala, Ahn Jae-hyun akan memainkan watak Gong Tae-kyung, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang bertekad untuk tidak berkahwin. 

Sementara itu, pihak produksi berkata,

Memandangkan ianya adalah drama keluarga yang akan memberi penyembuhan dan emosi ke seisi rumah pada hujung minggu, kami membuat poster itu seperti hadiah dengan suasana yang cerah dan indah.

Nantikan tayangan drama “The Real Deal Has Appeared” akan ditayangkan selepas drama “Three Bold Siblings” tamat. 

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...