Ikuti Kami:

Ditemui Terbaring Berdarah Di Taman Bunga Pangsapuri, Penyanyi Rap Iron Disahkan Meninggal Dunia

Ditemui Terbaring Berdarah Di Taman Bunga Pangsapuri, Penyanyi Rap Iron Disahkan Meninggal Dunia

Tidak semena-mena, seorang penyanyi rap dikenali sebagai Iron dikhabarkan sudah meninggal dunia.

Menurut laporan polis pada pagi 10.25 pagi, lelaki itu ditemui berdarah dan terbaring tidak sedarkan diri di taman bunga oleh pengawal keselamatan sebuah kompleks apartmen. Semasa dalam perjalanan ke hospital, Iron disahkan telah meninggal dunia dan tiada maklumat lanjut yang diberikan mengenai punca kematiannya.

iron meninggal dunia

Kalau anda nak tahu, penyanyi rap ini mula dikenali ramai selepas menyertai program survival “Show Me The Money 3” dan banyak berkolaborasi dengan artis terkenal seperti Hyolyn, Ji-min (AOA), Kim Bum-soo dan ramai lagi.

Pun begitu, dia terpalit dengan beberapa kontroversi apabila ditahan polis kerana dikatakan mencedekan rakan sebiliknya yang masih remaja dengan kayu besbol. Iron juga pernah disabit kesalahan memiliki ganja dan bertindak ganas terhadap teman wanitanya dahulu.

Nantikan maklumat lanjut mengenai berita ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...