Ikuti Kami:

Ditebak Putus Dek Hyeri ‘Baik’ Dengan Jang Kiyong, Netizen Lega Lihat Ryu Junyeol & Hyeri Keluar Makan

Ditebak Putus Dek Hyeri ‘Baik’ Dengan Jang Kiyong, Netizen Lega Lihat Ryu Junyeol & Hyeri Keluar Makan

Rasanya ramai yang mengetahui bahawa Hye-ri dan Jang Ki-yong kini sedang sibuk dengan penggambaran drama “My Roommate Is A Gumiho”.

Walaubagaimanapun, kedua mereka yang kelihatan rapat dalam pelbagai aktiviti promosi menimbulkan khabar angin bahawa Hye-ri dan Ryu Jun-yeol berkemungkinan besar sudah memutuskan hubungan mereka.

Bukan sahaja rapat ketika penggambaran majalh bersama, namun Hye-ri dan Jang Ki-yong yang sering kelihatan berpegangan tangan semasa sesi fotografi ketika sidang media drama tersebut dan foto yang dimuat naik di Instagram untuk tujuan promosi turut menguatkan lagi dakwaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 혜리 (@hyeri_0609)

Malah rata-rata netizen terus menyebut mengenai Ryu Jun-yeol selepas melihat keakraban Jang Ki-yong dan Hye-ri di dalam ruangan komen artikel dan juga entri kedua pelakon itu.

Disebabkan oleh khabar angin ini, peminat pasangan berkenaan melompat gembira apabila melihat Ryu Jun-yeol dan Hye-ri keluar makan malam bersama. Meskipun gambar yang sedikit kabur, namun jelas kelihatan bahawa ia adalah sosok badan mereka berdua.

hyeri dan ryu junyeol

Bukti foto itu sekaligus melenyapkan gosip dan khabar angin mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah menemui noktahnya.

Apa pun, Hye-ri sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dan baik dengan ramai orang. Jadi, kemungkinan besar ada yang salah faham mengenai personalitinya itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...