Ikuti Kami:

Ditangkap Tonton K-Drama Seperti ‘The Penthouse’, Korea Utara Hukum 4 Anak Muda Jalani Kem Buruh

Ditangkap Tonton K-Drama Seperti ‘The Penthouse’, Korea Utara Hukum 4 Anak Muda Jalani Kem Buruh

Korea Utara sememangnya dikenali dengan imej yang dingin dan tegas.

Mengejutkan apabila baru-baru ini, dikhabarkan bahawa negara itu menghukum rakyatnya yang ditangkap menonton drama Korea Selatan secara senyap-senyap.

Daripada laporan media, beberapa anak muda di negara itu dihukum memasuki kem buruh selam 10 ke 12 tahun kerana menonton K-Drama termasuklah “The Penthouse” yang sedang popular kini di seluruh dunia.

Perbicaraan terbuka itu diadakan di stadium di Pyongsong, Korea Utara. Seramai 4 anak muda didakwa berkumpul dan menonton drama Korea Selatan sehingga lewat petang bagi menyambut hari jadi salah seorang daripada mereka. Khabarnya, perbicaraan itu berlangsung dalam keadaan yang menakutkan di mana mereka semua ditolak berdiri di atas podium.

korea utara

Sebagai bukti kepada jenayh tersebut, lebih 30 buah drama dan filem Korea Selatan termasuk muzik video dalam kad memori telah dijumpai. Dalam kandungan tersebut, drama “The Penthouse” turut terselit di dalamnnya.

Hukuman itu dijatuhkan mengikut ‘Akta Pengecualian Budaya Ideologi Anti-Tindakan’ di Korea Utara.

Kesiannya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...