Ikuti Kami:

Disyaki Peminat Dek Sering Bergambar Bersama, Ryeowook Super Junior & Ari Bekas Ahli TAHITI Sah Bercinta

Disyaki Peminat Dek Sering Bergambar Bersama, Ryeowook Super Junior & Ari Bekas Ahli TAHITI Sah Bercinta

Sering ditangkap bergambar bersama di sebuah kafe yang dipunyai oleh Ryeo-wook, peminat mengesyaki bahawa mereka berdua mempunyai hubungan lebih daripada kawan.

Selepas khabar angin bertiup dengan kencang, ahli kumpulan Super Junior itu mengakui perkara tersebut menerusi laman peminat LSYN. Malahan pasangan idola itu baru sahaja menjalinkan hubungan cinta selepas mula rapat kerana dikenalkan oleh rakan mereka.

Bahkan LabelSJ iaitu agensi naungan Super Junior turut mengesahkan hal tersebut,

Kami mengesahkan bahawa Ryeo-wook dan Ari kini mempunyai hubungan romantik selepas mereka berkenalan rapat sebagai artis senior dan junior.

super junior ryeowook dan tahiti ari bercinta

Kalau anda nak tahu Ari pernah aktif bersama kumpulan TAHITI sejak tahun 2012 sebelum kumpulan idola itu dibubarkan pada tahun 2018. Dia kemudiannya pernah muncul sebagai pelakon dalam teater “Mom’s Recipe”.

Tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...