Ikuti Kami:

Disuruh Pilih Siapa Paling Cantik Di Antara ‘Kekasih Lama’ Lee Hyori & Isteri Kim Taehee, Jawapan Rain?

Disuruh Pilih Siapa Paling Cantik Di Antara ‘Kekasih Lama’ Lee Hyori & Isteri Kim Taehee, Jawapan Rain?

Bagi yang tidak mengetahui Rain dan Lee Hyo-ri merupakan antara penyanyi solo Korea yang hebat semasa tahun 2000-an. Disebabkan oleh populariti dan bakat yang ada, ramai yang turut ‘mengenenkan’ kedua artis ini supaya bercinta. Walaubagaimanapun, kedua selebriti ini menafikan gosip tersebut dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan artis sahaja.

Terbaru, Rain dan Lee Hyo-ri telah dijemput oleh Yoo Jae-suk dalam “Hangout With You” di mana pengacara itu kini dalam misi untuk mengeluarkan duet bersama rakan artis untuk racangan tersebut.

Awak berdua nampak sangat muda.

kim taehee dan lee hyori

Berseloroh, Lee Hyo-ri menyuruh Rain membawa isterinya manakala dia pula akan memanggil suaminya supaya dapat melakukan persembahan bersama.

Mengimbau kenangan lalu, Rain menyatakan bahawa setiap kumpulan idola sudah pasti ada yang bertanggungjawab sebagai visual (yang paling cantik). Sekadar mengusik, Lee Hyo-ri menyuruh lelaki itu memilih siapakan lagi cantik di antaranya dan Kim Tae-hee. Tanpa teragak-agak Rain menjawab,

Mestilah Kim Tae-hee!

Lee Hyo-ri terus memuji Rain kerana memilih isteri kesayangannya tanpa berlengah langsung.

rain kim taehee

Rata-rata netizen juga memuji kedua-dua Kim Tae-hee dan Lee Hyo-ri yang nampak cantik daripada dulu sehingga sekarang. Bahkan semuanya ‘salute’ kepada Rain kerana sentiasa mempunyai pandangan pada isterinya sahaja.

Comel Rain dan Kim Tae-hee!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...