Ikuti Kami:

Disokong Ramai, Pengikut Instagram Kim Seonho Terus Meningkat Meski Dilanda Kontroversi

Disokong Ramai, Pengikut Instagram Kim Seonho Terus Meningkat Meski Dilanda Kontroversi

Umum mengetahuai bahawa Kim Seon-ho telah terpalit dengan kontroversi selepas bekas kekasihnya mendedahkan kisah mereka di laman komuniti pada minggu lalu. Disebabkan hal itu, beberapa filem dan program yang disertai oleh lelaki itu terpaksa menggugurkannya dek kisah itu yang menjadi perhatian ramai.

Telah memohon maaf atas apa yang berlaku, Dispatch walaubagaimanapun telah mendedahkan susur masa mengenai hubungan Kim Seon-ho dan Choi Young-ah dan membangkitkan pelbagai keraguan mengenai pendedahan wanita itu. Pun begitu, pelakon yang terkenal dengan lesung pipitnya itu memilih untuk mendiamkan diri sehingga kini.

Dalam pada itu, para peminat menunjukkan sokongan yang utuh buat Kim Seon-ho dalam masa yang genting ini. Bahkan jumlah pengikut Instagram miliknya meningkat lebih 200,000 orang dalam masa 7 hari ini kepada 7.6 juta kini.

kim seonho

Malah, terdapat peminat yang memuat naik mesej sokongan di laman komuniti,

Disebabkan awak telah menjadi kekuatan kami selama ini, ini masanya kami menjadi kekuatan awak. Kami akan sentiasa menanti kemunculan semula awak, tidak kisah bila pun. Tapi jangan sakit. Awak adalah cahaya dan harapan kami.

Bukan itu sahaja, banyak hashtag di laman media sosial yang sosial yang trending bagi menunjukkan bahawa ramai yang masih berada di belakangnya seperti #I_support_KimSeonho” dan “#I_trust_KimSeonho”. Ada juga pelbagai petisyen yang ditulis yang membantah Kim Seon-ho daripada digugurkan daripada “2 Days 1 Night”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김민서 (@actress_minseo)

Tak cukup dengan peminat, para pelakon dan staf drama “Hometown Cha Cha Cha” turut meninggalkan mesej sokongan tersirat di media sosial mereka dengan memuat naik gambar Kim Seon-ho. Antara daripada mereka ialah Jo Han-chul, Yoo Seok-hyeon, Go Do-yeon, Min-seo dan ramai lagi.

Semoga Kim Seon-ho dapat bangkit semula.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...