Ikuti Kami:

Diselar Guna Lagu Remix Laungan Azan, Pihak Produksi ‘Street Woman Fighter’ Mohon Maaf

Diselar Guna Lagu Remix Laungan Azan, Pihak Produksi ‘Street Woman Fighter’ Mohon Maaf

Umum mengetahui bahawa laungan azan merupakan sesuatu yang suci bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan sesuka hati bagi kepuasan sendiri.

Namun begitu, arena K-Pop sekali lagi panas apabila program Mnet, “Street Woman Fighter” telah menggunakan laungan itu di dalam lagu remix yang dimainkan semasa pembukaan episod terbaru rancangan itu.

Terkejut dengan lagu yang tidak sensitif itu, peminat Muslim meminta Mnet supaya memohon maaf dan menarik balik penggunaan lagu berkenaan.

Selepas terus menerima kritikan akibat isu itu, pihak produksi “Street Woman Fighter” akhirnya tampil membuat permohonan maaf selain mengakui kesalahan mereka.

Bukan itu sahaja, pihak produksi akan memuat naik semula episod berkenaan dengan menggantikan lagu bermasalah itu dengan yang lain.

Semoga perkara ini tidak berlaku lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...