Ikuti Kami:

Disebabkan Oleh ‘Strangers From Hell’, Ramai Makin Takut Dengan Lee Dongwook?

Disebabkan Oleh ‘Strangers From Hell’, Ramai Makin Takut Dengan Lee Dongwook?

Lee Dongwook merupakan antara pelakon lelaki yang terkenal di arena antarabangsa. Para peminat K-Drama pastinya sering melihat dia dalam beberapa naskhah yang berjaya mengangkat namanya sebagai antara pelakon tersohor di Korea. Kalau anda ingat, lelaki ini mula popular menerusi lakonannya dalam “My Girl” bersama Lee Dahae.

Antara naskhah popular lain yang diterajui olehnya ialah “Scent of a Woman”, “Hotel King”, “Goblin” dan banyak lagi. Rata-rata peminat wanita sering terbuai melihat lakonan romantik Lee Dongwook sehinggakan ramai yang berharap agar lelaki sepertinya wujud di sekeliling mereka.

Walaubagaimanapun, mungkin bosan membawakan watak yang hampir sama dalam setiap drama, Lee Dongwook telah tampil dengan sisi berbeza dalam “Strangers From Hell”. Lelaki ini telah memegang watak bernama Seo Moonjo iaitu seorang doktor pergigian yang disenangi oleh orang sekeliling tetapi sebenarnya mempunyai sisi lain yang jahat. Tanpa disedari orang lain, dalam diam doktor terhormat itu merupakan seorang penderita sakit jiwa dan pembunuh yang kejam.

Ekspresinya yang terlampau mengerikan dalam drama ini sehingga ia menimbulkan rasa takut dalam diri penonton. Lihat sajalah apabila dia tersenyum lebar selepas berjaya membunuh mangsanya dengan ngeri. Hilang terus watak romantik yang sering dilakonkan olehnya sebelum ini!

Baru-baru ini, beberapa gambar Lee Dongwook yang kacak telah tular di media sosial. Dalam gambar itu kelihatan dia sedang melambai ke arah wartawan sebelum dia berangkat ke luar negara untuk memenuhi jadual seninya.

Namun begitu, kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh netizen adalah tentang wataknya yang mengerikan dalam “Strangers From Hell” itu.

“Disebabkan oleh lakonannya yang mantap dalam “Strangers From Hell”, gambarnya pun sudah kelihatan menakutkan.”

“Atas sebab tertentu, saya merasakan seperti air mukanya sudah berubah…”

“Dia kelihatan sangat ‘asing’, lihat sahajalah pandangan matanya yang dalam.”

“Imej baiknya telah dipadam habis oleh watak dalam “Strangers From Hell”.

“Saya berasa takut dengannya, lakonannya dalam “Strangers From Hell” adalah sangat hebat…”

Menjadi betul lakonan Lee Dongwook dalam “Strangers From Hell” sehinggakan ramai yang takut melihat wajahnya. Walhal, drama itu sudah lama tamat! Habislah Lee Dongwook kena ‘cuci’ balik imejh dia supaya dapat menambat kembali hati penonton.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...