Mungkin tidak dihebahkan pada orang luar namun kisah ajaran sesat yang ekstrem sebenarnya berleluasa dalam diam di Korea.
Hal itu dibongkarkan buat umum menerusi siri dokumentari “In The Name Of God: A Holy Betrayal” yang telah pun beberapa hari ditayangkan di Netflix.
Dokusiri 8 episod ini membawa kisah brutal mengenai empat ketua keagamaan berbeza yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘nabi’ dan jenayah dilakukan oleh mereka di mana ia diselindung sebagai ritual kepercayaan kepada agama.
[Amaran SPOILER]
JMS
Beberapa episod awal menelusuri cerita kumpulan JMS (Jung Myung-seok) yang menggunakan kitab Bible mengikut terjemahan sendiri dan digunakan untuk mendapatkan seks. Pada awalnya, ramai yang menganggap bahawa pendekatan itu sebagai progresif memandangkan dia menggalakkan aktiviti kebudayaan untuk pengikut, tak seperti gereja lain yang tegas.
Walau bagaimanapun, ajaran salah itu akhirnya menyesatkan ramai pengikutnya terutama wanita di mana mereka kini tidak dapat membezakan mana yang betul dan salah dek ‘otak dibasuh’ oleh ketua itu. Dijadikan alat seks, wanita ini yang terdiri daripada peringkat umur tanpa disangak terjerumus dalam kancah dosa yang dicipta dek ketamakan JMS. Lebih menyakitkan hati apabila ada gadis bawah umur yang turut terheret sekali bagi memuaskan nafsu serakah ketua keagamaan tersebut
Bunuh diri beramai-ramai
Dalam episod lain, ianya memberikan fokus kepada cerita di mana beberapa individu telah membunuh diri bersama-sama. Kisah ini agak grafik dan menyebukan perut apabila nyawa 4 lelaki dan 28 wanita yang tergantung kayu bumbung dek fanatik terhadap agama. Tak cukup dengan itu, insiden ini berlaku dek ketua agama yang dibebani hutang besar.
The Baby Gardens
Budak berusia 5 tahun yang tidak berdosa menjadi korban apabila dia dibiarkan berlapr dan dipukul hingga mati di dalam kandang babi. Lebih menyedihkan apabila Nak-gwi yang sepatutnya dilindungi, telah dipertaruhkan oleh ibunya sendiri yang merupakan sebahagian daripada ajaran sesat dipanggil ‘The Baby Gardens’.
Antara episod yang menyayat hati, bukan sahaja nyawa budak itu namun ramai lagi yang melayang dek kekejaman agama itu, Malah proses di sebalik ‘baby makers’ juga tidak dicapai akal dan pastinya akan membuatkan penonton menggigil di akhir episodnya.
Pengubat ajaib
Kisah terakhir membawa kisah lelaki yang mengetuai Gereja Pusat Manmin di mana pengikutnya pernah menceroboh masuk stesen penyiaran MBC pada 1999 untuk menghentikan siaran pada ketika itu, Walaupun ianya digambarkan sebagai gereja yang selamat dan melindungi namun ianya bergerak seperti kumpulan pengganas.
Ajaran ini mula menjadi popular apabila ada tok guru yang mampu pengubati secara ajaib dan memberikan harapan kepada ramai orang. Namun sebenarnya ia merupakan skim penipuan bagi mendapatkan wang di mana pelanggan membayar untuk mendapatkan restu.
Dokusiri ini pastinya akan membuatkan penonton mula terfikir mengenai segalanya memandangkan ia menyelitkan sesi temubual bersama mangsa sebenar yang terselamat dari penderaan buruk itu. Bukan sahaja ada nyawa yang melayang, namun psikologi para mangsa kekal terkesan hingga kini.
Bagi sesiapa yang kuat semangat dan tidak cepat terkesan, sila tonton “In The Name Of God: A Holy Betrayal”.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉