Ikuti Kami:

Dirawat Di Hospital Kerana Keletihan Teruk, Jun Somin Berehat Seketika Daripada ‘Running Man’

Dirawat Di Hospital Kerana Keletihan Teruk, Jun Somin Berehat Seketika Daripada ‘Running Man’

Rancangan “Running Man” walaupun dah nak masuk 10 tahun ke udara tetapi ianya masih lagi kelakar dan tak pernah gagal membuatkan penonton ketawa sehingga keras perut! Walaupun menghadapi ‘slump’ buat sekektika tetapi dengan kehadiran dua ahli baru pada tahun 2017 iaitu Yang Sechan dan Jun Somin, program itu kini kembali aktif dan ceria.

Semua pasti kenal dengan Jun Somin kan? Telatahnya yang ‘over-the-top’ dan tidak kisah langsung mengenai imejnya berjaya ‘menghidupkan’ lagi “Running Man”. Pun begitu, ada juga yang menghamburkan kata-kata nista kepada pelakon wanita itu mungkin kerana personalitinya yang terbuka.

Tapi tidak disangka bahawa pelakon yang nampak aktif itu kini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana masalah keletihan yang serius. Namun, jangan risau kerana ia tidak melibatkan mengenai wabak COVID-19 langsung.

jun somin keletihan

Disebabkan oleh jadual seninya yang begitu padat, Jun Somin telah menderita simptom keletihan yang teruk dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat untuk sementara waktu sehingga tempoh yang belum ditentukan lagi.

Wakil daripada program “Running Man” juga ada memberikan kenyataan mengenai hal ini dan sama ada wanita itu akan berehat seketika daripada penggambaran.

Saya percaya Jun Somin masih lagi sedang dirawat di hospital. Pada masa ini, penyertaan dalam jadual seninya masih belum dapat dipastikan. Dia mungkin akan teruskan dengan penggambaran atau pun dia mungkin memilih untuk berehat buat sementara waktu. Kami akan berbincang dengan syarikat naungannya. Kami tidak dapat memberikan sebarang kenyataan rasmi selagi belum berhubung dengan pihaknya.

Agensinya pula iaitu Management I.M juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan artis mereka itu.

Awal minggu ini iaitu pada hari Isnin, Jun Somin mengalami kondisi kesihatan yang teruk semasa penggambaran ‘Running Man’ dan terus ke hospital selepas itu. Selepas melalui pemeriksaan lanjut termasuklah imbasan MRI, dia telah dinasihatkan supaya berehat kerana mengalami masalah keletihan yang teruk.

Ia bukanlah kerana COVID-19. Selepas berbincang dengan staf ‘Running Man’, Jun Somin akan berehat untuk sebulan ini.

Tak kiralah macam mana pun, diharapkan Jun Somin akan kembali sihat dan berlari dengan ahli “Running Man” yang lain tak lama lagi.

Sumber: Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...