Ikuti Kami:

Diputuskan Kerajaan, BTS Sah Tidak Dapat Pengecualian Daripada Latihan Khidmat Ketenteraan Wajib

Diputuskan Kerajaan, BTS Sah Tidak Dapat Pengecualian Daripada Latihan Khidmat Ketenteraan Wajib

Sejak kebelakangan, dunia K-Pop tak putus membincangkan tentang kejayaan yang dicapai oleh kumpulan BTS dan sama ada pencapaian tersebut layak untuk mengecualikan mereka daripada berkhidmat dalam latihan ketenteraan.

Walaubagaimanapun, Pentadbiran Tenaga Kerja Ketenteraan (MMA) mengumumkan pada 9 Oktober bahawa mereka tidak dapat menyokong cadangan untuk mengecualikan kumpulan idola popular tersebut oleh kerana prinsip keadilan dan kesaksamaan. Kalau anda nak tahu, ini adalah kali pertama pihak mereka memberikan sepatah dua kata mengenai isu ini.

Mengikut daripada contoh yang lepas, ada sesetengah kes istimewa di mana ada yang diberi pelepasan daripada menyertai latihan khidmat ketenteraan wajib tersebut. Ini termasuklah pemain bola popular iaitu Song Heung-min yang berjaya membawa pulang emas untuk Korea Selatan pada tahun 2018 dan melayakkannya untuk dikecualikan daripada undang-undang tersebut.

Pun begitu, MMA menegaskan bahawa idola K-Pop tidak akan diberikan keistimewaan ini. Menurut mereka, keputusan itu dibuat kerana ia tidak selari dengan pendirian kerajaan mengenai latihan khidmat ketenteraan berwajib ini.

bts perlu sertai latihan ketenteraan

Pun begitu, penagguhan penyertaan adalah opsyen yang dibenarkan. Kini, satu akta sedang menunggu untuk dibubalkan di mana idola K-Pop dibenarkan untuk menangguhkan perkhidmatan ketenteraan mereka sehingga berusia paling lewat 30 tahun. Mengikut undang-undang yang ada, rakyat Korea Selatan perlu memohon penangguhan dengan menyatakan alasan namun masih ada kemungkinan akan ditolak.

Rasanya walaupun BTS perlu berkhidmat untuk ketenteraan, populariti mereka tidak akan jatuh merudum pun. Kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...