Ikuti Kami:

Dipuji Dek Kelakar & Beremosi, ‘Sinkhole’ Raih Jumlah Pembukaan Terbaik Filem Korea 2021

Dipuji Dek Kelakar & Beremosi, ‘Sinkhole’ Raih Jumlah Pembukaan Terbaik Filem Korea 2021

Nampaknya filem bencana alam lakonan Cha Seung-won, Lee Kwang-soo, Kim Hye-jun, Kim Sung-gyun dan Nam Da-reum berjaya menarik perhatian ramai.

Baru sahaja diriliskan kelmarin (11 Ogos 2021), “Sinkhole” mencatatkan jumlah penonton seramai 147,304 orang pada hari pertamanya sahaja. Lebih membanggakan apabila ia dapat mengalahkan filem “Escape To Mogadishu” yang menduduki No 1 carta box-office selama 2 minggu lamanya.filem sinkholeSecara tak langsung, “Sinkhole” menjadi filem Korea dengan pembukaan yang terbaik untuk tahun ini.

Untuk pengetahuan, “Sinkhole” membawa kisah sebuah bangunan yang berdiri selama 11 tahun lamanya roboh ke dalam lubang sedalam 500 meter dan bagaimana penduduknya cuba meloloskan diri daripada bencana itu.filem sinkholeDisebabkan oleh gabungan emosi dan komedi yang menghiburkan, kebanykan penonton memberikan pujian dan respon positif buat filem ini. Bukan sahaja plotnya dipuji malah efek grafik yang diterapkan nampak tersangatlah ‘real’ sehingga ramai yang merasakan seperti mereka turut berada di dalam situasi genting itu.

Memang kena tengoklah macam ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...