Ikuti Kami:

Dipenjara Lebih 1 Tahun 6 Bulan, Netizen Berang Choi Jonghoon Dikecualikan Dari Khidmat Ketenteraan

Dipenjara Lebih 1 Tahun 6 Bulan, Netizen Berang Choi Jonghoon Dikecualikan Dari Khidmat Ketenteraan

Sekitar November lepas, Jung Joon-young telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun manakala Choi Jong-hoon pula sepanjang 5 tahun atas pertuduhan rogol (dilakukan oleh dua orang atau lebih). Disebabkan pihak pendakwaan membuat rayuan, perbicaraan sekali lagi telah dijalankan pada tahun ini.

Pada Mei lepas, Mahkamah Tinggi Seoul mengurangkan hukuman Jung Joon-young kepada 5 tahun manakala Choi Jong-hoon pula hanya perlu dipenjarakan selama 2 tahun 6 bulan. Pun begitu, kedua mereka kembali membuat rayuan bagi meringankan lagi hukuman baru yang diputuskan itu. Walaubagaimanapun, pihak mahkamah memilih untuk menolak rayuan tersebut dan kekal dengan keputusan hukuman yang asal.

Sudahlah marah kerana hukuman mereka dipendekkan dan sepertinya tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan, netizen terus menghambur rasa geram apabila mendapat tahu Choi Jong-hoon dikecualikan daripada menjalani latihan khidmat ketenteraan dek tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya itu.

choi jonghoon tak perlu jalani latihan khidmat ketenteraan

Menurut Mahkamah Tinggi, ini kerana undang-undang Korea yang menyatakan bahawa sesiapa yang dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada 1 tahun 6 bulan akan dikecualikan daripada perhidmatan wajib tersebut kerana tempoh dalam penjara akan dikira sebagai buruh ketika perang.

Hal ini ternyata membuatkan ramai netizen yang marah dan merasakan bahawa lelaki itu sepertinya tidak kehilangan apa-apa kerana tempoh penjaranya kerana dianggap seperti menjalani latihan khidmat ketenteraan. Hmphh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...