Utama Filem Korea Dinobat Filem Terbaik, ‘Escape From Mogadishu’ Menang 5 Anugerah Di ‘2021 Blue...

Dinobat Filem Terbaik, ‘Escape From Mogadishu’ Menang 5 Anugerah Di ‘2021 Blue Dragon Film Awards’

mogadishu blue dragon awards

Setelah setahun menanti, akhirnya berlangsung kembali acara paling berprestij dalam industri lakonan Korea iaitu ‘2021 Blue Dragon Film Awards’.

Bagi para pelakon filem, ini ialah merupakan hari yang ditunggu-tunggu memandangkan ia menyambut naskhah terbaik pada saban tahun.

Berlangsung di Dewan KBS Hall di Yeouido, Seoul, pada malam ini, ramai pelakon ternama yang dilihat menghadirinya.

Untuk anugerah utama iaitu ‘Filem Terbaik’, ianya dimenangi oleh “Escape From Mogadishu” yang diterajui oleh Jo In-sung, Koo Kyo-hwan, Kim Yoon-seok, Heo Jun-ho dan ramai lagi.

mogadishu blue dragon awards

Dalam pada itu, filem ini turut memenangi dua anugerah lain iaitu ‘Pengarah Terbaik’ (Ryu Sueng-wan), ‘Pelakon Sokongan Lelaki Terbaik’ (Heo Jun-ho), ‘Pilihan Penonton’, dan ‘Arahan Seni Terbaik’.

Untuk pengetahuan, “Escape From Mogadishu” ialah sebuah filem mengenai hidup dan mati staf kedutaan Korea Selatan dan Korea Utara yang terperangkap dalam Perang Saudara Somalia.

Korang dah layan belum filem ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...