Ikuti Kami:

‘Dinner Mate’ Catat Rating Baik, Penonton Beri Respons Bercampur Terhadap Lakonan Song Seunghun

‘Dinner Mate’ Catat Rating Baik, Penonton Beri Respons Bercampur Terhadap Lakonan Song Seunghun

Song Seung-hun kini kembali dengan drama romantik bertajuk “Dinner Mate” bersama pelakon wanita yang kian meningakat naik sejak kejayaan drama “Crash Landing On You” iaitu Seo Ji-hye.

Sinopsis ringkas

Woo Do-hee (Seo Ji-hye) kini sudah tidak punyai perasaan selepas kisah cintanya yang gagal pada masa lepas. Manakala Kim Hae-kyung (Song Seung-hun) pula ialah seorang pakar psikiatri dan ahli psikologi makanan yang mengkaji seseorang itu dengan melihat tindak-tanduk mereka ketika menjamah makanan. Lelaki itu juga menggunakan teknik rawatan menerusi makanan bagi menyembuhkan pesakitnya. Meskipun dia seorang yang sangat lembut dengan pesakit tetapi dia sangat tegas apabila mengkritik makanan.

Ikuti kisah kedua mereka mengenali hati masing-masing dan menempuh kehidupan seharian melalui aktiviti makan malam bersama.

Pengenalan Hae-kyung dan Do-hee di Jeju

Percutian ke Kepulauan Jeju yang sepatutnya menggembirakan bertukar duka apabila Woo Do-hee tanpa sengaja menangkap teman lelakinya bermain kayu tiga semasa sambutan hari jadi di sebuah restoran. Lebih menyakitkan apabila lelaki itu dengan keras hati melemparkan kata-kata nista kepada wanita tersebut dan ddengari hampir kesemua pengunjung di situ.

episod pertama dinner mate

Tanpas disedari, Kim Hae-kyung yang duduk di sebelah Do-hee semasa penerbangan petang itu turut menyaksikan adegan pasangan tersebut. Melihatkan keadaan wanita itu yang tidak stabil selepas meninggalkan restoran selain turut dipaksa oleh pesakitnya, pakar psikiatri itu mengejarnya yang sudah pun menaiki teksi.

Do-hee yang kecewa dengan pengakhiran kisah cintanya telah berdiri di pinggir batuan tinggi sehingga menyebabkan Hae-kyung salah faham bahawa wanita itu mahu menamatkan riwayatnya. Lagi bertambah serabut apabila lelaki itu pula yang terjatuh dalam percubaan mahu menyelamatkan Do-hee.

episod pertama dinner mate

Rasa bersalah dengan situasi yang disebabkan olehnya, Do-hee beria mahu menghantar Hae-kyung ke lapangan terbang kerana lelaki itu perlu kembali ke Seoul atas urusan kerja. Daripada pelawaan “Mahu tak kita makan malam bersama?” oleh pakar psikiatri itu, mereka berdua kini memulakan hubungan daripada orang asing kepada teman makan malam.

Rating baik, penonton kesal

“Dinner Mate” berjaya meraih rating stabil pada episod perdananya iaitu 4.8% dan 6.1%, satu permulaan yang baik untuk drama baru. Pun begitu, kebanyakan penonton sepertinya tidak berpuas hati dengan mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Song Seung-hun dan Son Na-eun.

Sepatutnya ambil Seo Ji-hye dan Kim Jung-hyun berlakon sekali.. Song Seung-hun nampak ‘fake’ jadi tak seronok apabila melihatnya. Mutu lakonan Son Na-eun juga sangat teruk. Mulutnya asyik menggumam, pertuturan pun tak jelas, macam manalah boleh ambil dia berlakon.

 

Kenapa pilih Son Na-eun bawa watak ini?

 

Salah pemilihan pelakon: Son Na-eun dan Song Seung-hun.

episod pertama dinner mate

Namun begitu, episod kedua mencatatkan sedikit penurunan namun bukanlah ke tahap yang membimbangkan iaitu 5.5% dan 5.7%. Malahan, semakin banyak komen positif yang ditinggalkan penonton untuk “Dinner Mate”

Siapa yang minat drama romantik pasti tak boleh lepaskan menonton drama “Dinner Mate” yang ditayangkan setiap Isnin dan Selasa di MBC.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...