Nampaknya masih ramai lagi yang berbincang mengenai kemunculan T.O.P, bekas ahli BIG BANG dalam sekuel “Squid Game”.
Disebabkan pernah terpalit dengan kes dadah dahulu, rata-rata netizen memberikan reaksi dingin terhadap berita berkenaan. Tambahan pula, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun mengakui bahawa dia mahu bersara dari dunia seni namun secara tiba-tiba kembali berlakon.
Menurut wakil “Squid Game 2”, bekas idola itu tidak memberikan apa-apa respon mengenai permintaan orang ramai saya dia mengundurkan diri,
Dia tak ada dengar khabar angin itu dan ‘Squid Game 2’ belum memulakan proses penggambaran lagi.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan bahawa pihak mereka dan pengarah Hwang Dong-hyuk tidak akan memberikan sebarang kenyataan lain mengenai sebab pemilihan T.O.P sebagai pelakon siri ini.
Dalam pada itu, “Squid Game” membawa kisah sekumpulan individu yang sanggup bergadai nyawa dalam sebuah permainan survival di mana hanya seorang yang hidup sahaja akan membawa pulang 45.6 juta won di akhir pertandingan.
Tunggu je lah..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉