Ikuti Kami:

Dilihat Berjalan Dengan Wanita Misteri, Ok Taecyeon Ditebak Sudah Punya Kekasih

Dilihat Berjalan Dengan Wanita Misteri, Ok Taecyeon Ditebak Sudah Punya Kekasih

Kenal tak dengan idola popular pada zaman awal kemunculan K-Pop di Malaysia iaitu Ok Taecyeon daripada kumpulan 2PM? Mula mendaki populariti sebagai seorang idola berbadan sasa, dia kini lebih dikenali sebagai pelakon selepas menghiasi beberapa drama Korea popular. Antaranya ialah “Cinderella’s Sister”, “Dream High”, “Let’s Fight Ghost”, “Save Me” dan banyak lagi.

Meskipun lelaki itu kini tidak aktif dalam apa-apa produksi tetapi orang ramai tetap mengambil tahu tentang perkembangan kehidupan sehariannya. Terbaru, Ok Taecyeon dikatakan ‘ditangkap’ sedang bertemu janji di sekitar Apgujeong.

ok taecyeon dating

Pada 8 Disember, selebriti itu dilihat dengan relaks sahaja bersiar-siar di jalanan dengan sorang wanita. Gambar yang diambil itu kini telah tersebar secara meluas di serata media sosial.

Penulis asal entri itu mengatakan, “Ok Taecyeon sedang berjalan di sekitar Apgujeong dengan seorang wanita. Nampaknya, wanita itu seperti seorang selebriti. Saya tidak pasti tetapi macam seorang pelakon.”

ok teacyeon

Walaupun gosip ini sudah menjadi buah mulut ramai orang tetapi agensi naungannya iaitu 51k tidak lagi memberikan sebarang respons. Malahan, identiti wanita yang kononnya juga merupakan seorang selebriti itu masih tidak dapat dikenal pasti sehingga sekarang.

Nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Ok Taecyeon sendiri.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...