Ikuti Kami:

Dilapor Beli Villa Mewah Bagi Persiapan Kahwin Dengan Son Yejin, Ini Respons Agensi Hyunbin

Dilapor Beli Villa Mewah Bagi Persiapan Kahwin Dengan Son Yejin, Ini Respons Agensi Hyunbin

Tak habis lagi dengan keseronokan kisah cinta Hyunbin dan Son Ye-jin, khabarnya pelakon lelaki itu telah membeli sebuah kediaman baru sebagai rumah pengantin mereka.

Menurut sumber asal, Hyunbin dikatakan berpindah ke Guri, daerah Gyeonggi selepas membeli villa mewah sebanyak 4.8 bilion won. Terkenal kerana turut menjadi pilihan tempat tinggal selebriti lain seperti Park Jin-young dan Oh Yeon-seo, ianya merupakan kawasan mesra alam dan berdekatan dengan Seoul.

hyunbin dan son yejin

Selepas berita tersebut dilaporkan, agensi Hyunbin telah mengeluarkan kenyataan rasmi,

Ia bukanlah dibeli atas sebab perkahwinan. Kami tidak boleh memberikan sebarang pengesahan memandangkan ianya melibatkan kediaman peribadi.

Apa pun, semoga pasangan ini sampai ke gerbang perkahwinan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...