Ikuti Kami:

Dikritik Teruk, Giselle AESPA Mohon Maaf Atas Ucapan Perkataan Rasis

Dikritik Teruk, Giselle AESPA Mohon Maaf Atas Ucapan Perkataan Rasis

Dua hari lalu, AESPA telah memuat naik video di sebalik tabir penggambaran untuk lagu terbaru mereka “Savage”.

Peminat yang menonton video itu menyedari bahawa Giselle, salah seorang ahli kumpulan tersebut telah mengucapkan lirik kepada lagu “Love Galore” oleh SZA, yang dimainkan di latar belakang.

Dia telah mengucapkan perkataan ‘N’ yang merupakan sebahagian dari lirik lagu tersebut, yang juga merupakan perkataan hinaan untuk orang kulit hitam.

aespa giselle savageVideo itu telah dipadam selepas beberapa ketika, setelah ramai peminat serta orang ramai berasa kecewa serta marah dengan apa yang dilakukan Giselle.

Namun pada 25 Oktober, Giselle telah mengemukakan permintaan maaf mengenai perkara itu di Twitter rasmi AESPA.

Semoga kita semua ambil pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...