Utama Celebrity News Dikritik Guna Perkataan Kesat Ketika ‘Live’, Heechul Super Junior Mohon Maaf

Dikritik Guna Perkataan Kesat Ketika ‘Live’, Heechul Super Junior Mohon Maaf

heechul

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial tentang kelakukan yang dipamerkan Hee-chul Super Junior menerusi satu siaran langsung.

Untuk pengetahuan, pada 9 Februari lalu, Hee-chul telah menjadi tetamu jemputan dalam siaran langsung BJ Choi di internet, di mana kedua mereka berborak sambil minum alkohol.

Kemudian, penyanyi itu dikritik kerana dia cuba untuk mempertahankan bekas ahli kumpulannya Kang-in, yang pernah terlibat dalam satu kes memandu secara mabuk sebelum ini.

Bukan itu sahaja, ahli Super Junior itu turut mengeluarkan kata-kata kesat semasa perbincangan tentang keganasan di sekolah dan komuniti dalam talian tertentu.

Selepas kecoh di media sosial tentang kelakuannya, Hee-chul telah membuat satu hantaran di akaun Instagram miliknya, memohon maaf atas kesalahan yang dia telah lakukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김희철 (@kimheenim)

Tulis Hee-chul,

Tidak kira sama ada pemikiran saya betul atau salah pada ketika itu, saya memohon maaf kerana telah bercakap secara kasar dan menggunakan kata-kata kesat, serta bertindak secara hipokrit.

Saya minta maaf kepada peminat yang terluka kerana isu yang saya telah timbulkan. Dan yang terakhir, saya akan memastikan untuk tidak terlibat dalam sebarang isu lain pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, tidak kira seberapa banyak saya merenung kembali tentang kenyataan saya, saya fikir ianya tidak salah untuk menyumpah pelaku keganasan di sekolah dan sesetengah laman tertentu.

Terima kasih.

Ermm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERXports News
Loading...